Categories: FeaturedTrending

i-Sinar: Bayaran Kategori 2 Bermula Minggu Ini, Cara Membuat Semakan

Umum maklum, pembayaran bagi i-Sinar Kategori 2 bagi pemohon yang berjaya akan mula dilaksanakan secara berperingkat mulai minggu ini.

Justeru, semakan i-Sinar Kategori 2 boleh dilakukan melalui laman web rasmi i-Sinar atau melalui i-akaun KWSP

Cara Membuat Semakan
Bagi semakan melalui laman web rasmi i-Sinar, semakan boleh dibuat melalui langkah-langkah berikut:

1.Layari laman web rasmi i-Sinar iaitu https://isinar.kwsp.gov.my.
2.Klik bahagian ‘Semak Status.’
3.Masukkan no kad pengenalan dan telefon bimbit.
4.Klik pada kotak ‘Saya Bukan Robot.’
5.Klik butang ‘Semak Status.’
6.Keputusan status permohonan dipaparkan

Untuk semakan melalui i-akaun KWSP, semakan boleh dilakukan melalui langkah-langkah berikut:

1.Layari laman web https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login.
2.Log masuk dengan memasukkan no ID dan kata laluan.
3.Klik pada pada peti mesej atau inbox.
4.Status permohonan i-Sinar pemohon dipaparkan.

Walau bagaimanapun, bagi pemohon yang telah menerima Bayaran Interim i-Sinar sebanyak RM1,000 sebelum ini, pemohon akan menerima baki pembayaran yang telah dipohon.

Sebagai contoh, jika pemohon telah menerima bayaran interim sebanyak RM1,000 dan permohonan bagi pengeluaran i-Sinar Kategori 2 diluluskan, pemohon akan menerima baki bayaran sebanyak RM9,000.

Bagi pertanyaan lanjut mengenai kemudahan i-Sinar, sila hubungi pihak KWSP di talian 03-8922 6000 atau melayari https://www.kwsp.gov.my/ untuk mendapatkan maklumat lanjut.

SUMBER: KWSP

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”