Categories: Trending

“Kami Penat Menyanyi, Patutnya Boleh Jadi Jutawan, Tapi…”- Ziana Zain

Penyanyi dan pelakon yang mula popular menerusi filem lakonannya, Sembilu pada awal tahun 1994 ini mengakui bahawa penggiat seni di Malaysia sebenarnya boleh menjalani kehidupan yang lebih selesa sehingga ada yang mampu bergelar jutawan.

Malah, sebagai seorang penyanyi, Ziana Zain nyata kesal dengan isu yang mengakibatkan ramai diantara artis di Malaysia terjejas pendapatan gara-gara isu cetak rompak  sekaligus hak dan kebajikan mereka tidak dijaga dengan sepatutnya.

 

Sumber : Instagram @iamzianazain

“Kalau nak diikutkan, kami artis di Malaysia, kaya sebenarnya, malah boleh jadi jutawan, jika dinilai kepada hasil karya”
“Tetapi disebabkan cetak rompak, kami tak dapat apa yang sepatutnya. Kami yang penat menyanyi, berpuluh album tapi akhirnya mereka yang kaya. Padahal, mereka tak ada hasilkan apa-apa pun.”

Ziana Zain juga mengakui pembahagian keuntungan juga adalah tidak seimbang bagi mereka apabila beliau memaklumkan,

“Pembahagian keuntungan langsung tidak seimbang. Tiba-tiba mereka dapat pula beli bangunan RM14 juta, contohnya. Yang urus bahagian royalti kami, gajinya RM15,000 sebulan. Tetapi kami para artis, dapatlah RM500 atau RM600. Adilkah?” Jelasnya.

 

 

 

Sumber : Awani

Salma Syahbuddin