Trending By: SGMS Putri December 28, 2017 @ 3:36pm

Ibu Kepada 3 Orang Anak Gantung Diri Di Dalam Bilik

Seorang wanita ditemui menggantung diri di dalam bilik rumahnya selepas dipercayai mencekik leher anak perempuannya hingga mati di Taman Skudai Indah, Johor.

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara Superintendan Beh Eng Lai berkata, wanita berkenaan,yang juga pesakit kanser tahap empat ditemui mati tergantung di sebuah bilik gimnasium di tingkat bawah rumah itu.

Gambar hiasan

Sementara itu, anak perempuannya, 10 tahun ditemui dengan kesan cekik di leher.Polis menerima panggilan kecemasan daripada suami wanita tersebut kira-kira pukul 9,59 malam.

“Pihak ambulans dari Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru hadir ke lokasi kejadian dan mengesahkan mangsa maut tiga jam sebelum mayatnya ditemui akibat jerutan pada leher dan tiada kesan jenayah terhadap si mati,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata siasatan awal mendapati semasa kejadian itu, suami mangsa pergi bekerja manakala dua lagi anaknya masing-masing berusia 16 dan 19 tahun juga tiada di rumah kerana keluar membeli kelengkapan persekolahan di Tampoi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 10 Sep 2022

Muat Naik Hantaran Berbaur Sindiran, Azhar Sulaiman Perli Siapa? – “Ada Masalah Keluarga, Canang Sahaja Kepada Umum”

Ada yang patut dicanang dan ada yang tak patut! Jaga hal sendiri lebih baik 😬

Trending Wed, 14 Nov 2018

起床后先做4件事!上班更有能量,效率更高

人生有许多残酷的现实,像是下着雨的早晨却还是要上班去;别让这样的情绪导致你每日加班,早上醒来先做这4件事。

Events Fri, 15 Jul 2022
Trending Thu, 27 Aug 2020

Larangan Rentas Daerah Di Kedah

Kita tunggu jelah keputusannya nanti okay!

Hiburan Wed, 18 Jan 2023
Trending Mon, 23 Aug 2021