Categories: Trending

Idayu Megastar Tiru Suara Artis Popular Termasuk Mendiang Michael Jackson. Memang Sebijik!

Tentang vokalnya yang super power, seantero Malaysia sudah tahu. Tetapi bakat keunikan dan kebolehan yang satu ini masih tidak diketahui ramai sehinggalah perkara itu menjadi viral baru-baru ini.

Memperkatakan soal figura yang juga Juara AF Megastar, Nur Farah Idayu Yaakob, 33,  atau mesra dengan nama pentasnya, Idayu, wanita bersuara emas ini mempunyai bakat meniru suara penyanyi popular.

Mungkin tidak begitu mengejutkan jika yang ditiru itu suara penyanyi perempuan. Sebaliknya keupayaan Idayu lebih daripada itu kerana boleh meniru suara penyanyi Rahmat Ekamatra, Allahyarham Sudirman dan mendiang Michael Jackson.

Di samping suara penyanyi wanita seperti Noraniza Idris, Mariah Carey, Dayang Nurfaizah, Jaclyn Victor, Shakira, Amy Winehouse dan ramai lagi. 

Terdapat beberapa siri video Idayu Mimic Stars dan salah satunya seperti dilampirkan di bawah ini. Jom kita enjoy!

Video Kredit : https://youtu.be/suc7zDk3Dko

Yanie Baharom