Trending By: Nurul Hana April 6, 2023 @ 3:43pm

“Ikan Mana Ada Kaki…” – Tegur Peniaga Jual Air Manis Dalam Bekas Ala Akuarium, Dr Rafidah Abdullah Kena Sindir Lagi Dengan Netizen

Pakar perubatan popular, Dr Rafidah Abdullah tidak pernah jemu menegur rakyat Malaysia mengenai gaya hidup yang berkait rapat dengan tahap kesihatan masyarakat.

Baru-baru ini, Dr Rafidah disindir netizen selepas dia mengulang kicau ciapan yang dibuat pengguna Twitter mengenai minuman berperisa yang dijual di dalam bekas akuarium.

“Saya jangka ikan-ikan pun terus kencing manis dan dapat komplikasi organ seperti potong kaki, buta dan rosak buah pinggang,” tulisnya.

Kiasan tersebut melibatkan tahap kesihatan ikan di dalam air manis itu dan jelas kelihatan balang berkenaan tidak ubah sepert akuarium yang sering digunakan untuk membela ikan di rumah.

Melihat reaksi ciapan terbabit, rata-rata warganet dilihat ‘bitter’ dengan cara penulisan Dr Rafidah.

“Ikan mana ada kaki lah doc. Did I miss biology class in school?

“Dulu atuk saya cakap kita hidup pun entah lah sampai bila. Jadi, makan jela apa nak makan janji halal tapi berpada-pada lah bukannya langsung tak boleh makan doc. Janganlah condem saja,” ujar warganet.

Sebelum ini, nama Dr Rafidah hangat diperkatakan gara-gara teguran yang diberikan kepada pempengaruh popular, Khairul Aming mengenai kuantiti minyak dalam resipi berbuka puasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Resipi Masakan Terlalu Berminyak, Khairul Aming Ditegur Pakar Perubatan  

Tidak melatah dengan tindakan Dr Rafidah, Khairul Aming menjawab teguran yang diberikan dengan tenang.

ARTIKEL BERKAITAN: Dikritik Masakan Terlalu Berminyak, Khairul Aming Tampil Pertahan Pendapat – “Saya Pamer Realiti Sebenar Penyediaan Makanan” 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 21 Feb 2024
Hiburan Mon, 25 Sep 2023
Trending Thu, 8 Sep 2022
Featured Sat, 20 Nov 2021

Kebanyakkan Rakyat Malaysia Memilih ‘123456’ Sebagai ‘Password’

Baru-baru ini kajian daripada NordPass bersama-sama dengan penyelidik bebas mendedahkan senarai 200 kata laluan yang paling biasa digunakan oleh pengguna internet di 50 buah negara untuk tahun ini. Kajian ini mendapati, seramai lebih daripada 2 […]

Featured Sun, 9 Jan 2022

Beg Tangan Mewah Diperbuat Daripada Kulit Oren

Siapa sangka kulit buah oren yang kita selalu buang boleh dijadikan sebuah beg tangan yang cantik? Seorang pereka seni makanan dan ahli gastronomi molekul dari Jordan, Omar Sartawi telah mencipta sebuah beg tangan yang mesra […]

Trending Fri, 15 Jan 2021