Trending By: Salma Syahbuddin November 5, 2020 @ 12:09pm

Ingkar Arahan Bekerja Dari Rumah Boleh Dikenakan Tindakan Tegas – Ismail Sabri

Dalam sidang media harian Majlis Keselamatan Negara semalam, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, SOP perlu dipatuhi termasuklah bagi mereka yang bekerja dari rumah.

Dan, mana-mana majikan mahupun perkhidmatan awam yang ingkar garis panduan yang telah ditetapkan oleh kerajaan sepanjang tempoh PKPB ini tidak akan terlepas tindakan tegas.

Majikan perlu patuh

Menurutnya, majikan juga perlu patuh setiap arahan yang dikeluarkan.

Ini kerana, terdapat segelintir majikan dan sektor perkhidmatan awam yang ingkar arahan bekerja dari rumah sepanjang PKPB.

“Jika daripada jabatan kerajaan saya harap patuh panduan dikeluarkan ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, (namun) kalau masih ingkar saya akan bangkitkan supaya diperbetulkan apa yang tidak betul berlaku di jabatan kerajaan itu.

“Kalau membabitkan majikan di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) saya akan bangkitkan kepada MITI terutama kepada menterinya sendiri kerana ada ingkar dan tidak patuh arahan ini,” katanya.

Selain itu, kompaun akan dikenakan ke atas majikan yang ingkar bagi kesalahan mengadakan mesyuarat termasuklah di pejabat terutamanya di kawasan PKPB.

Sumber : Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 15 Aug 2023

“Dia Buka Aib Sendiri, Kenapa Saya Dipersalahkan? – Didie Alias

Sahabat yang baik akan selalu beri teguran, walaupun pedas

Featured Wed, 5 Oct 2022
Trending Sun, 24 Dec 2017

你不知道的四个超诡异圣诞节传统

圣诞节是一个体现爱心、感受爱与被爱的特殊日子;无论你是否是基督徒,相信都会十分享受这愉快假期。只不过,有些地方的圣诞习俗让人抓破头皮不能理解。你听过哪几种呢?

Featured Wed, 28 Sep 2022
Featured Wed, 24 May 2023
Featured Tue, 26 Mar 2024
Featured Wed, 6 Apr 2022