Categories: Trending

“Inilah Kemanisan Orang Bersabar” – Sudah Bersua Muka, Bella Astillah Lega Sarah Yasmine Bersikap Jujur & Kemuka Bukti Tambahan

“Inilah kemanisan orang bersabar,” demikian kata penyanyi dan pelakon Bella Astillah selepas wanita yang bernama Sarah Yasmine mendedahkan hubungannya bersama suaminya, Aliff Aziz.

Isnin lalu, kontroversi rumah tangga Bella dan Aliff kembali hangat diperkatakan selepas Sarah yang mendakwa dirinya kekasih kepada penyanyi itu mendedahkan konversasi suaminya dan aktres, Ruhainies merancang untuk menjatuhkannya.

Menurut Bella, dia tidak terkejut dengan pendedahan itu kerana Sarah merupakan salah seorang dari 11 orang wanita yang menjalinkan hubungan dengan suaminya.

“Sebenarnya saya tak terkejut sebab itulah nama yang ada dalam senarai yang saya pernah cakap tu. kan saya letak recorder dalam kereta.

“Jadi saya dah tahu dah siapa perempuan tu cuma saya tak tahu secara details. Dengan apa yang dia cerita tu saya terkejut juga.

“Tapi saya rasa inilah kemanisan orang yang bersabar di mana kebenaran itu datang dengan sendiri tatkala saya sibuk bekerja,” katanya.

Perkara itu telah dikongsikan oleh Bella ketika ditemui XTRA di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Universal Music Malaysia, di Le Meridien Hotel, Petaling Jaya, hari ini.

Dalam pada itu, ibu kepada dua orang anak itu menyatakan dia kini dalam fasa move on, namun lega bukti yang dikemukakan wanita itu membantunya untuk kes prosiding mahkamah nanti.

“Sebenarnya saya dah ke arah move on. Saya bekerja dan besarkan anak. Bila benda ni datang saya terkejut dan anggap Allah nak permudahkan kerana segala bukti-bukti ditambah lagi untuk kes mahkamah.

”Memang sebenarnya saya lega dengan apa yang diberikan oleh Sarah,” jelasnya.

Tambah Bella, Sarah merupakan kekasih Aliff yang berasal dari Singapura dan dia pun sudah bertentang mata dengan wanita itu selepas dihubunginya beberapa kali.

“Saya dah berjumpa dengan dia selepas dia call saya banyak kali di Whatsapp. Mula-mula saya rasa macam dah taknak layan tapi rasa macam kesian dan berjumpa dengan dia seminggu lalu. Dan sebab itu saya follow dia di Instagram.

”Saya bukan menyokong dia tapi sebab dia mengaku dan jujur. Sekurang-kurangnya dia minta maaf. Saya nak perkara ini habis dengan cepat tapi apa yang dikongsi oleh Sarah terlalu banyak dan cukup untuk saya,” katanya.

Fatin Nurain