Categories: Trending

Isu Fitnah Ebit Lew: Polis Panggil Caprice & Mondy Tattoo Bantu Siasatan Laporan

Penyanyi rap dan aktivis Caprice bersama wanita Indonesia yang dikenali sebagai Mondy Tattoo akan dipanggil pihak polis untuk membantu siasatan lanjut susulan laporan isu fitnah yang dibuat oleh pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew.

Menurut Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S Sasikala Devi, pihaknya sudah menerima arahan untuk menyiasat kes tersebut.

Memetik laporan Berita Harian, setakat ini hanya satu laporan sahaja yang dibuat oleh Ebit di Balai Polis USJ 8, Subang Jaya, semalam.

“Kita sudah merakam keterangan Ebit Lew dan akan merekodkan keterangan daripada Caprice dan wanita Indonesia itu dalam tempoh terdekat.

“Ia adalah prosedur bagi melengkapkan siasatan sebelum dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998.

Terdahulu, Ebit memaklumkan dirinya telah membuat laporan polis selepas mendakwa dirinya telah difitnah secara melampau oleh Mondy yang mengakui dirinya mangsa gangguan seksual penceramah itu menerusi sebuah wawancara yang dikendalikan oleh Caprice.

Tetap mahu mempertahankan nasib wanita terbabit, Caprice meminta Ebit menghantar surat saman secepat mungkin seolah tidak gentar untuk membuktikan kebenaran.

ARTIKEL BERKAITAN: Polis Mula Siasatan Terhadap Ebit Lew

ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau Boleh Cepat Sikit Hantar Saman Tu” – Caprice 

ARTIKEL BERKAITAN: Niat Tubuh Munafik Hunters Dipertikai, Netizen Label Caprice Sengaja Buka Ruang Sebar Aib Masyarakat

ARTIKEL BERKAITAN: Didakwa Melakukan Perbuatan Jijik Terhadap Mondy Tattoo, Ebit Lew Buat Laporan Polis

Sumber: Berita Harian

Fatin Nurain