Trending By: Aisyah Badrul April 8, 2020 @ 2:20pm

“Jangan Duduk Mengangkang Macam Gangster In Public,” Azhar Sulaiman Tegur Anak Gadisnya Suka Buat Tiktok

Jika sebelum ini nama Azhar Sulaiman menjadi tular selepas anak gadisnya memuatnaik suasana rumah mereka yang serba indah dan mewah di Instagram, kali ini lain pula kisahnya.

Baru-baru ini hangat diperkatakan tentang anak gadisnya iaitu Kasih Iris Leona yang gemar memuatnaik aktiviti hariannya di aplikasi Tiktok.

Apa yang mengundang cakap-cakap netizen adalah apabila Leona dilihat memuatnaik video melakukan senaman bersama kembarnya dengan hanya mengenakan seluar pendek berwarna hitam.

Namun, ruangan komen pada posting tersebut telah ditutup oleh Leona. Menyedari anaknya sedang menjadi perhatian dan bualan netizen ketika ini, Azhar Sulaiman sendiri tampil memberikan penjelasan menerusi posting Facebook miliknya.

Menurut Azhar, dia sudah memberi peringatan kepada anak gadisnya itu. Azhar juga turut mengingatkan Leona bahawa dia merupakan seorang wanita muslim.

Menurut Azhar lagi, dia juga telah memberi peringatan kepada anaknya tentang kandungan yang boleh dikongsi di Instagram. Malah, dia juga turut meminta kembar Leona iaitu Rees mengingatkan anak gadisnya yang berusia 18 tahun itu supaya menjaga tingkah laku dan berkelakuan sopan.

Tindakan Azhar menegur kegilaan anaknya terhadap aplikasi Tiktok menerima pujian daripada warganet. Rata-rata netizen memuji pendekatan Azhar dalam menasihati anak-anaknya yang sedang dalam fasa dewasa.

Malah, ada juga yang daripada mereka memahami kesukaran untuk menjaga anak-anak.

Sudah pastinya setiap ibu bapa inginkan yang terbaik untuk anak-anaknya kan?

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Selebriti Mon, 26 Jun 2023
Trending Thu, 28 Feb 2019

打工仔留意!研究证实:越认真工作越容易变胖

不少上班族都有发胖的困扰,就算没有暴饮暴食,体重还是直线上升;最近英国一项研究就证实,越认真工作的人,越容易变胖!

Trending Mon, 22 Jun 2020
Trending Sat, 13 Mar 2021

Amzar Sabri Muncul Dengan Single Solo Berjudul ‘Kenangan’

Pasti ada yang masih ingat dengan kepada sebuah kumpulan duo bernama Viral yang pernah memeriahkan industri hiburan sekitar tahun 2016. Dianggotai oleh pasangan kembar bernama Amzar dan Amsyar, mereka banyak berkolaborasi bersama artis–artis tempatan seperti […]

Selebriti Mon, 25 Sep 2023
Trending Mon, 18 Apr 2022

“Saya Tidak Didatangi Oleh Sesiapa…” – Debat Najib & Anwar Tidak Ada Libatkan Kerajaan, Kata Menteri K-KOMM

Debat Najib dan Anwar yang dikatakan berlangsung pada 12 Mei tiada penglibatan daripada kerajaan.

Trending Thu, 19 Jul 2018

There Will be a New Minimum Wage Implemented Soon

Hopefully it’s a good raise compared to the peanuts people are earning now.