Hiburan By: Khairil Khusyairi July 17, 2023 @ 3:09pm

Bekas Penyampai Radio Bebas Tuduhan Edar D*dah, Lepas Hukuman Gantung – “Saya Akan Kembali Sebab DJ Adalah Nyawa Saya”

Bekas penyampai radio, Ismahalil Hamzah dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini daripada tuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat 374.6 gram dua tahun lalu.

Menurut Berita Harian, Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Sebaik keputusan dibacakan Muhammad Jamil, Ismahalil yang berada dalam kandang tertuduh menangis, melakukan sujud syukur dan keluarganya yang berada di galeri awam turut berpelukan dan melahirkan rasa syukur.

Dalam keputusan ringkasnya, Muhammad Jamil berkata pendakwaan gagal membuktikan bahawa tertuduh mempunyai kawalan dan milikan terhadap dadah dalam sebuah beg yang berada dalam sebuah bilik di rumah sewanya.

Pendakwaan juga gagal membuktikan hanya Ismahalil seorang yang mempunyai akses terhadap bilik terbabit, di mana terdapat individu lain termasuk penyampai radio Bapakku FM, kru dan tetamu juga mempunyai akses sama.

Pada 21 Februari lalu, Ismahalil, 49, mengaku tidak bersalah atas dakwaan mengedar dadah jenis kanabis seberat 374.6 gram di sebuah rumah di Jalan Semarak, Wangsa Maju, di sini, pada jam 5.35 petang 27 Ogos 2021.

Dia didakwa mengikut Seksyen 39B (1) (A) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan sabit kesalahan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B (2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan minimum 12 sebatan.

Dalam pada itu, Ismahalil yang ditemui di perkarangan mahkamah berkata dia akan kembali ke kariernya sebagai penyampai radio kerana ia sudah sebati dengan hidupnya

“Bagi saya berehat, dah dua tahun saya berehat dalam hati,

“Saya akan kembali balik sebab radio dan DJ ini adalah nyawa saya, kehidupan saya dan memberi cerita yang benar kepada pendengar. Itu adalah kehidupan saya, makanan saya.

“Beri saya waktu berehat dan saya akan kembali lagi dengan nafas yang baru,” katanya ringkas kepada media.

Sumber: Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 25 Oct 2019

Was Hailey Bieber Allegedly Throwing Shade At Selena Gomez With “I’ll Kill You” Instagram Story?

Hailey was probably just listening to the wrong song at the wrong time.

Hiburan Sun, 11 Nov 2018

Nina Iskandar Belum Jemu Bawa Karakter Air Mata

Asyik bawa watak yang kena menangis, Nina Iskandar tak jemu ke?

Selebriti Mon, 25 Sep 2023
Hiburan Thu, 14 Dec 2023
Featured Tue, 23 Feb 2021

Bantuan One-Off RM 500 Buat 4 Golongan Ini Bermula 22 Februari

Menerusi Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI), Kerajaan mengumumkan bantuan kewangan one-off sebanyak RM500 ringgit kepada pemandu teksi, bas sekolah, bas persiaran, kereta sewa dan e- hailing, bagi meringankan beban mereka.⠀ ⠀ Menurut […]

Trending Wed, 17 Jul 2019

“Gotta Tapao Them All” — Every Sabahan and Sarawakian to Gardenias Before Flying Back From Peninsular

Apparently Uncle Slocumm’s recipe is considered a luxury in East Malaysia? Are the rumours trumors?

Hiburan Fri, 4 May 2018

陈薇薇以身犯险《小心有诈》上演「无间道」

近年来,诈骗案件在全国层出不穷,手段五花八门,令人民防不胜防。本地首创论“骗”节目《小心有诈》由陈薇薇主持,提高公众对各类骗局的意识和警惕。