Categories: Trending

Jangan Salah Guna Kebenaran Makan Di Restoran – KPDNHEP

Pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memberi amaran agar pembeli dan pengguna tidak menyalah gunakan kebenaran apabila beberapa aktiviti  perniagaan dibenarkan dibuka semula.

Penekanan ini termasuklah beberapa aktiviti perniagaan seperti, kebenaran makan di restoran.

Menterinya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, semua premis perniagaan wajib mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dan peraturan yang telah ditetapkan.

“Diharapkan pembeli dan pengguna bekerjasama mematuhi SOP seperti sentiasa memakai pelitup muka, mendaftar kehadiran dengan MySejahtera, menjaga penjarakan sosial, mencuci tangan dengan cecair sanitasi dan mengamalkan langkah-langkah pencegahan”

Tambahnya, kementerian juga akan memantau dan tidak teragak-agak untuk mengenakan tindakan tegas  di bawah Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) kepada pemilik perniagaan yang gagal mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan negara (MKN).

 

Salma Syahbuddin