Kesilapan sebutan atau ‘pronunciation’ terutamanya sebagai penyampai berita mungkin kerap berlaku tanpa disedari ramai orang. Namun, sebagai seorang bekas guru Bahasa Inggeris, penyanyi dan pelakon, Adibah Noor tampil memperbetulkan sebutan pembaca berita TV3 iaitu, Ramzam Mohd Saufi menerusi satu hantaran dilaman twitter miliknya.
Video berdurasi 56 saat itu dikongsi Adibah Noor menerusi aplikasi TikTok beliau sebelum dimuat naik semula di akaun Twitter miliknya bertujuan memberikan cara sebutan yang betul dan berkongsi ilmu bersama pengikutnya.
Ternyata muat naik penyanyi yang popular menerusi lagu Terlalu Istimewa itu mendapat lebih 2,000 ulang kicau dan 4,000 tanda suka.
Malah, ada segelintir pengikut beliau meminta agar Adibah Noor tampil dengan ‘content’ video sebegini untuk memantapkan penguasaan dan sebutan Bahasa Inggeris mereka.
Sementara itu, rakan artis juga berasa teruja dan berterima kasih kepada Adibah Noor kerana memperbetulkan sebutan menerusi rakaman video pendek yang mampu membuat ramai orang mendapat manfaat daripadanya.
Wah, nampaknya ramai teruja ye!
Adibah Noor juga sempat meminta maaf kepada pihak tertentu kerana kehadiran video ini bukanlah bermaksud beliau mahu meyinggung sesiapa kecuali untuk pembelajaran semata-mata.
“Maaf Buletin Utama TV3, saya ambil potongan (berita) daripada anda, no offence, tapi ini adalah untuk pembelajaran semata-mata. Memang perkataan wild bermaksud liar disebut wild, Tetapi wilderness yang membawa maksud tempat hidupan liar atau belantara kita sebut wil-der-ness sama macam ejaannya. Jangan marah okay!”katanya.
"Thank you so much for all of the advices" - Aliff Aziz
Alamak, tak relax la netizen 🤪
Usikan manja anak beranak ☺️
Good job Fathia
MashaAllah kesiannya