Categories: Trending

Jangan Terkejut Kalau Terjumpa Pocong Di Pagi Raya!

Kecoh di Facebook semalam apabila pereka fesyen tempatan telah mengeluarkan koleksi tudung baru untuk lebaran tahun ini. Namun, yang hendak dijadikan cerita, tudung bawal tersebut dinamakan bawal pocong!  Cara memakai tudung tersebut juga persis ikatan tali pocong. 

Tambahan pula, solekan model yang meragakan tudung tersebut juga menyeramkan dan menambahkan lagi aura pocong tersebut. 

Dengan kuasa makcik bawang, sekejap saja gambar tersebut menjadi tular di laman sosial kan? Jadi apa tunggu lagi, jom kita tengok Pocong-pocong ini beraksi!

Kiriman berkenaan telah mencuri perhatian netizen. Menerusi laman sosial tersebut, netizen sekali lagi tidak melepaskan peluang untuk meninggalkan komen diruangan akaun tersebut. Mereka juga menganggapnya sebagai bahan jenaka, tidak kurang juga yang mengecam fesyen berkenaan.

Menerusi ruangan komen tersebut,  netizen turut mengatakan turut berasa seram melihat muka model tersebut kerana ikatan dan solekannya sebiji macam pocong! Ada juga yang berpendapat, koleksi tudung ini membuatkan orang lebih mengigati kematian. Hmm positif betul netizen macam ni kan?

 Seperti biasa, kecaman pasti ada! Mereka menganggap fesyen ini melampau dan tidak mematuhi syariah. .

Apa pun, ini lah yang dikatakan trend! Kalau jumpa di pagi raya nanti, jangan lari pula ya?

Ad Ops