Categories: Trending

‘Jasad’ Michael Jackson Dibangkitkan Semula Dalam Sebuah Teater Muzikal

Semangat penghibur lagenda, Michael Jackson dibangkitkan kembali melalui sebuah pementasan teater muzikal berkisarkan kisah kehidupannya yang kini sedang dalam fasa pembikinan.

Daily Mail melaporkan teater muzikal itu akan diadakan secara besar-besaran di Amerika Syarikat dan akan dipentaskan selewat-lewatnya pada tahun 2020.

Syarikat pengurusan mendiang, The Michael Jackson Estate and Columbia Live Stage membuat pengumuman itu pada Selasa.

Foto: HotNewHipHop

Menerusi pementasan itu turut akan dipersembahkan lagu-lagu popular Michael daripada album popularnya. Antaranya Smooth Criminal, Got To Be There, Bad, I Just Can’t Stop Loving You, Black Or White, The Way You Make Me Feel, The Girl is Mine, Man in the Mirror, Rock With You, Beat It, Billie Jean dan Say Say Say.

Teater muzikal itu akan mendapat sentuhan penulis Lynn Nottage dan diarahkan oleh Christopher Wheeldon.

Michael meninggal dunia pada 2009 ketika usianya 50 tahun akibat pengambilan ubat terlarang berlebihan.

    Foto: Theatre Bath

 

Sumber: Daily Mail

Yanie Baharom