Categories: Trending

Jijik! Cabul Pelajar Kolej Di Tiga Lokasi Berbeza

Hanya kenal menerusi laman Instagram, seorang ejen insurans dicekup selepas didakwa mencabul kehormatan seorang gadis di tiga lokasi berbeza.

Lelaki bernama Fadhil Qayyum Muhammad Rasul itu didakwa melakukan perbuatan terkutuk itu di tiga lokasi berlainan iaitu di sebuah panggung wayang di Damansara, di tempat parkir sebuah kafe dan di dalam kenderaan milik lelaki itu di sekitar Jalan SS22/25, di sini antara 10 malam hingga 3 pagi, 16 dan 17 Jun lalu.

Difahamkan, mangsa wanita itu dilaporkan merupakan seorang pelajar kolej.

Bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Nor Ariffin Hisham.

Lelaki itu dituduh mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Fazeedah Faik menawarkan jaminan RM3,000 dengan seorang penjamin bagi semua pertuduhan bagaimanapun tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu jaminan rendah atas alasan dia tidak mampu membayar jumlah tinggi.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin bagi semua pertuduhan dan menetapkan 17 Ogos untuk sebutan semula kes. 

SGMS Faida