Trending By: Salma Syahbuddin March 8, 2021 @ 11:09am

Jom Semak! Ini Cara Mudah Menukar Amaun i-Sinar Anda Secara Online

Secara rasminya, permohonan baharu i-Sinar kini dibuka bermula hari ini. Justeru itu, permohonan baharu iaitu bagi mereka yang mendapat status TIDAK Berjaya sebelum ini masih layak untuk memohon.

 

Namun, bagi mereka yang tidak memilih jumlah pengeluaran dengan betul semasa permohonan terdahulu, boleh melakukan pembetulan.

 

ARTIKEL BERKAITAN : Bayaran i-Sinar Dibuat Bermula 2 Mac 2021, Status TIDAK BERJAYA Perlu Mohon Semula Pada…

ARTIKEL BERKAITAN : Boleh Semak Status Pembayaran & Kelulusan i-Sinar KWSP Kategori 2 Bermula…

 

Cara tukar amaun i-Sinar anda secara online

Bermula hari ini, setiap ahli diberikan kelonggaran untuk membuat pindaan pada butiran permohonan seperti jumlah dipohon, maklumat bank, alamat, nombor telefon serta mod bayaran di laman i-Sinar Online.

Berikut merupakan langkah-langkah bagi menukar amaun i-Sinar anda ;

 

Untuk makluman, berikut merupakan pindaan amaun yang telah dimaklumkan oleh pihak Kumpulan Simpanan Pekerja (KWSP) menerusi portal rasmi mereka sebelum ini.

  1. Pindaan bagi amaun pengeluaran hanya boleh dilakukan SEKALI sahaja
  2. Bagi tujuan keselamatan, semua maklumat permohonan Pengeluaran i-Sinar terdahulu tidak akan dipaparkan.
  3. Sila pastikan anda mempunyai maklumat permohonan Pengeluaran i-Sinar terdahulu sebagai rujukan bagi melancarkan proses kemas kini maklumat.
  4. Anda boleh mengemas kini nombor telefon bimbit dan maklumat berkaitan bayaran seperti Butiran Akaun Bank, Amaun Pengeluaran dan Kaedah Bayaran (sekiranya perlu).
  5. Jika anda memilih untuk mengemas kini Butiran Akaun Bank, sila pastikan akaun tersebut :
  • Akaun adalah milik pemohon dan masih aktif
  • Bukan Akaun Bank Bersama (joint account)
  • Bukan Akaun Bank Atas Nama Syarikat

 

Jumlah pengeluaran maksimum yang dibenarkan adalah :

Amaun kelayakan pengeluaran i-Sinar adalah bergantung kepada baki dalam Akaun 1 pemohon.

 

 

Cara tukar amaun i-Sinar melalui portal i-Sinar

  1. Layari portal i-Sinar isinar.kwsp.gov.my
  2. Klik ‘Pindaan Pengeluaran’
  3. Masukkan No. IC dan No. telefon yang telah didaftarkan
  4. Isikan semula amaun pilihan yang baharu
  5. Kemaskini Maklumat Pemohon seperti No Akaun Bank sekiranya ada perubahan
  6. Sahkan permohonan dengan melihat semula maklumat yang dinyatakan di ruang pengesahan permohonan dan klik Hantar

 

Tarikh bayaran ATAU kelulusan pindaan amaun i-Sinar yang baharu akan mengambil masa 5 hari waktu bekerja. Dan ianya akan berkuatkuasa untuk bayaran pengeluaran seterusnya mengikut jadual bayaran baharu.

 

Manakala, perbezaan amaun yang dipinda akan dibahagikan secara sama rata berdasarkan baki bilangan bayaran pengeluaran.

 

Untuk maklumat lanjut berkaitan pengeluaran dan permohonan i-Sinar bolehlah terus ke kaunter cawangan yang berdekatan ATAU layari portal rasmi KWSP di  isinar.kwsp.gov.my .

 

ARTIKEL BERKAITAN : Lebih Mudah ! Ini Cara Tukar Akaun Shariah KWSP Anda Dengan Hanya Menggunakan i-Akaun

ARTIKEL BERKAITANI- Sinar : Permohonan Baru Mulai 8 Mac Ini, Cara Permohonan & Jumlah Pembayaran Baru..

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 3 Oct 2022

[VIDEO] Teruja Bergambar Dengan Lee Min Ho, Siti Nurhaliza Kongsi Kisah Sebenar – “Hampir Buka Silat Mat Kilau!”

Ini rupanya yang jadi masa Siti Nurhaliza nak selfie dengan oppa Lee Min Ho 🤣 Haih Heloknyaaaa Oppa Saranghaeee

Trending Mon, 8 Apr 2019

#SetulusIkhlas : Tular Di Instagram, Wanita Ini Kongsi Kisah Bantu Suami Isteri Dibuang Keluarga

Terbaru, tular di Instagram apabila seorang pemilik Instagram yang dikenali dengan nama Massiew berkongsi kisah sedih bagaimana dia membantu pasangan suami isteri daif yang dibuang keluarga.

Trending Tue, 28 Dec 2021

Aiman Hakim Ridza & Hannah Delisha Kembali Bergandingan Dalam 28 Hari Mencari Cinta

Andai kata anda diberikan peluang untuk memperbaiki kesilapan dalam hubungan cinta yang lepas dan masih berpeluang untuk bersatu kembali, adakah anda akan bersetuju? Masihkah ada peluang untuk menebus kekecewaan dan kembali bahagia seperti dahulu? Jangan […]

Featured Thu, 16 Feb 2023

“Orang Kata Saya Nak Simpati Tapi…” – Genap 3 Tahun, Fad Masih Terkesan Dengan Pemergian Abam

Yang pernah rasa kehilangan je tahu macam mana sakitnya rasa tu 🥹