Categories: Trending

Jom Semak! Senarai Insentif Disediakan Bantu Golongan B40, Usahawan & Orang Asli

Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) menyediakan beberapa insentif dalam usaha membantu usahawan terjejas dan golongan B40 bagi meneruskan kelangsungan dan meningkatkan pendapatan mereka.

Menterinya, Datuk Abd Latiff Ahmad, berkata antara insentif yang ditawarkan di bawah lima Lembaga Kemajuan Wilayah (LKW) iaitu lembaga Kemajuan Pulau Pinang (PERDA), Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah( KEDA), Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR), Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) dan Pihak Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) ialah ;

  1. Pengecualian bayaran premis perniagaan
  2. Penangguhan bayaran sewa rumah
  3. Pengecualian bayaran sewa tanah
  4. Penangguhan bayaran balik pinjaman
  5. Penstrukturan semula serta memperluas program keusahawanan di agensi.

Manakala, bagi agensi seperti Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), mereka menawarkan insentif seperti berikut ;

  1. Moratorium
  2. Bantuan dan kursus serta
  3. Bantuan bakul makanan untuk masyarakat Orang Asli

Bagi  Majlis Amanah Rakyat (MARA) pula, tiga bantuan disediakan antaranya;

  1. Program MARA Prihatin
  2. Penjadualan Semula Bayaran Balik Pembiayaan MARA
  3. Diskaun sewa kepada penyewa premis perniagaan MARA

Antara inisiatif berkenaan ialah penangguhan bayaran balik pinjaman pelajaran selama tiga bulan selepas kelulusan, memanjangkan tempoh pembiayaan bayaran balik sehingga 36 bulan dan tiga bulan diskaun sewa sebanyak 30 peratus kepada 5,795 penyewa.

Abd Latiff berkata, KPLB turut mengambil pendekatan ke arah pendigitalan pemasaran produk usahawan luar bandar seperti Program Jana Niaga MARA Shopee.

“Menerusi peruntukan tahun semasa sebanyak RM1 juta, KPLB menyasarkan 1,000 produk usahawan luar bandar dipasarkan di platform e-dagang pada tahun ini.

 

 

Sumber : BH

 

Salma Syahbuddin