Categories: FeaturedTrending

Jualan Produk Hampir Cecah 7 Angka, Tyra Kamaruzzaman Terharu Dapat Berkolaborasi Bersama…

Pempengaruh dan usahawan, Tyra Kamaruzzaman berkongsi rasa terharu dan teruja dapat berkolaborasi bersama Disney untuk koleksi kosmetik terbaharunya.

Menurut pengasas Beautyra ini, menjalin kolaborasi dengan syarikat antarabangsa ini bukan mudah kerana perniagaannya hanya kecil-kecilan.

“Sebenarnya bukan benda yang senang sebab Disney ni international brand, kita pula macam orang kata kecil-kecil lagi kan. So, nak dapatkan Disney untuk ada kepercayaan kat kita tu bukan senang.

“Sebenarnya, dari tahun lepas Tyra dah approach Disney, tapi masa tu tak ada rezeki lagi. Kemudian Tyra cuba lagi dan Alhamdulillah dapat hubungi Disney Malaysia punya pengurus dan beritahu nak berkolaborasi dengan Disney.

“Alhamdulillah mereka teruja untuk bekerjasama dengan kita dan bermula tahun lalu kita dah mula bekerja rapat sehingga sekarang,” jelas Tyra.

Selain itu, usahawan muda itu juga turut berkongsi perjalanannya memulakan perniagaan ini yang kini jualannya mencapai sasaran hampir mencecah tujuh angka.

“Kita mula dulu kecil-kecil sahaja sebab kita pun tak tahu macam mana ia berjalan, macam kita punya sasaran tu mungkin tinggi sangat, maybe rendah sangat. So, mula-mula tu we keep our expectations low dan Alhamdulillah sambutannya sangat luar biasa. Dari situ kita tengok pencapaian kita makin meningkat.

“Jualan kami dari lima angka ke enam angka dan Alhamdulillah untuk bulan ini kita dapat capai jualan tujuh angka dalam satu bulan.

“Jualan tujuh angka tu memang ada, tapi specifically berapa tu, biarlah rahsia,” katanya.

Beautyra telah ditubuhkan sejak 2018 dan merupakan salah satu syarikat yang bekerjasama di bawah naungan CTDK Holdings.

Fatin Nurain