Categories: Trending

“Kalau Perempuan Dah Sakit Hati, Tumbuk Sampai Tangan Bengkak Pun Tak Rasa Sakit Ye Mona?” Netizen Puji Lakonan Nad Zainal Layak Dapat ‘Standing Ovation’

Pastinya ramai yang tidak sabar untuk menonton drama penuh Hati Yang Tersakiti selepas melihat scene drama tersebut yang dimuat naik oleh Mona iaitu Nad Zainal menerusi laman instagram miliknya.

Ramai yang memuji dan mengakui drama yang ditayangkan di slot Samarinda itu meninggalkan kesan yang mendalam dihati penonton.

Menurut Nad Zainal, beliau sudah membayangkan apa yang perlu dibuat pada Remy ketika itu.

Sehinggakan, Nad sendiri tidak menyedari tangan beliau bengkak akibat scene tumbuk tersebut.

” i akan pukul you kaw kaw..”

Nad Zainal, 30, bagaimanapun mengakui scene tersebut antara yang paling beliau suka.

“Very tense, on fire dan layak dapat standing ovation”

Rata-rata peminat mengakui, lakonan Nad Zainal kali ini layak diberi standing ovation.

Malah, rakan artis juga turut memuji dan bersetuju dengan ‘feel’ yang diberikan oleh Nad Zainal dalam drama ini kerana dianggap tidak skeptikal seperti drama-drama lain.

Video tersebut kini menerima hampir 311,500 tontonan di instagram miliknya dan 74,800 tontonan menerusi Youtube Drama Sangat Official sejak ianya dimuat naik.

Apapun, jangan lupa saksikan episod akhir Hati Yang Tersakiti pada Khamis ini, jam 10 malam, di TV3.

ARTIKEL BERKAITAN : “Nasib Baik Jauh, Kalau Dekat I Siku You!” – Baru Episod 1, Penonton Dah Geram Tengok Drama Hati Yang Tersakiti!

ARTIKEL BERKAITAN : Ada Yang Dakwa ‘Hati Yang Tersakiti’ Remake Drama Korea Popular ‘The World Of The Married’, Sebenarnya…

Salma Syahbuddin