Categories: Trending

KKM Perlu Pastikan Vaksin Covid-19 Berkesan, Selamat Dan Halal

Menurut Mufti Pahang, Abdul Rahman Osman, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) perlu memastikan vaksin Covid-19 yang bakal digunakan berkesan, selamat dan halal untuk digunakan oleh rakyat.

“Kita perlu pastikan halal dan haramnya. Kalau vaksin ini tidak ada perkara yang haram, tidak ada najis, maka kita boleh gunakan ia dari segi syarak”

Sumber : Google

Tambahnya, vaksin tersebut juga perlu dipastikan tidak memberi apa-apa kemudaratan kepada mana-mana pihak kerana usaha menyelamatkan nyawa antara perkara terpenting dituntut agama Islam menerusi konsep Maqasid Syariah.

Terdahulu, beliau mengulas keraguan dibangkitkan pengguna media sosial terhadap catatan Facebook Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin kerana ada yang memberi pelbagai alasan terhadap pengenalan vaksin Covid-19 di negara ini kelak.

Sumber : Google

Khairy sebelum ini mengumumkan Malaysia dalam senarai keutamaan untuk menerima vaksin dari China dan telah memperuntukkan sekurang-kurangnya RM3 billion tahun depan untuk mengimunisasi 70 peratus rakyat Malaysia.

Sumber : Berita Harian

Salma Syahbuddin