Euforia Bola 2026
Trending By: Padin March 18, 2021 @ 6:53am

“Kalau Tak Boleh Tag Instagram Seseorang, Terus Orang…” – Aishah Jawab Dakwaan Tak Bertegur Dengan Siti Nurhaliza, Rupanya-Rupanya…

Penyanyi otai, Aishah menjawab gosip yang mendakwa dirinya dan penyanyi popular, Datuk Seri Siti Nurhaliza tidak bertegur sapa.

Aishah yang menggantikan Siti menyampaikan lagu Aku Bidadari Syurgamu di Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35) yang berlangsung baru-baru ini menjelaskan perkara terbabit menerusi salah sebuah entri yang dimuat naik di laman Instagram miliknya.

“Hari ini saya dihubungi seorang wartawan bertanyakan samada gosip yang melanda mengatakan saya dan adinda @ctdk tak bertegur?

“Tergamam sekejap saya dibuatnya. Biar betul ni cerita apa pulak ni? Laaaa rupanya berpunca dari saya ‘terblock’ Instagram adinda tersayang saya ni.

“Tepuk dahi saya tadi. Okay biar saya jelaskan supaya anda semua jangan membuat andaian tak tentu arah okay.

“Semasa Separuh Akhir Muzik Muzik 35 (SFMM35) lepas, ada orang yang tag saya ke Instagram adindaku ini. Dan semasa panas tu kan, saya terbaca kecaman dalam akaun tu. Jadi untuk meredakan hati yang sedih dikecam dicemuh dan macam-macam lagi, saya block.

“Saya tak perasan pun yang ini adalah Instagram utama beliau. Kerana adindaku ini superstar, saya jadi keliru pasal saya tengok banyak betul Instagram yang ada nama beliau,” tulis Aishah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Wan Aishah Wan Ariffin (@aishahjmm)

Dalam pada itu, pelantun lagu Cinta Beralih Arah ini enggan sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab membuat pelbagai spekulasi.

“Kelakar kehidupan sekarang ya, kalau tak boleh tag Instagram seseorang, terus orang tujal fikir benda bukan-bukan. Hahahaha come on lah, there is life beyond social media.

“Elok je @rozisangdewi (pengurus Siti) hubungi saya dengan ucapan Siti. Anda semua kena tau saya ni ‘old school’, direct communication itu lebih penting dari akaun-akaun social media ini.

“Gambar ni hadiah fruit basket dari adindaku semasa AJL yang lalu. Baru hari ini dapat ucap terima kasih. Enjin vintaj perlu masa rehat. Jadi tak payah nak spekulasi benda bukan-bukan dan nak mulakan kecaman pula.

“Tabayyun sebelum jump to conclusion. Lepas tu sampaikan di social media andaian anda. Tengok-tengok tak betul, terus jatuh hukum fitnah haaaa selagi ada dalam akaun anda semua selagi itulah dosa mengalir. Jadi ‘chill’ okay. Mari kita ‘move on’. Jaga diri semua,” tulis Aishah lagi.

Aishah menggantikan tempat Siti menyampaikan lagu ciptaan Ippo Hafiz dan Siti Rosmizah itu di SFMM35 dan AJL35 yang lalu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Selebriti Fri, 14 Nov 2025

Baru 3 Bulan Bersalin Anak Sulung, Perkahwinan Haqiem Stopa Didakwa Berantakan? Aireena Sofia Kunci Mulut

Isteri kepada Haqiem Stopa, Aireena Sofia memohon doa yang baik-baik.

Trending Thu, 7 Jun 2018

Alami Depresi, Adik Ratu Belanda Bunuh Diri!

Mayat Ines Zorreguieta, 33, ditemui kira-kira jam 0300 GMT semalam di apartmennya di daerah Almagro, barat ibu negara Argentina.

Hiburan Sun, 30 Mar 2025

[VIDEO] Puteri Sarah Nafi Andi Asryil Sengaja Ambil Kesempatan Terhadapnya – “Dia Yang Ada Di Sebelah Masa Saya Tengah ‘Down'”

Puteri Sarah pernah berdepan dengan individu yang dipercayai telah mengambil kesempatan ke atasnya

Trending Sat, 30 Nov 2019

Kena Hentak Sampai Nampak Otak Hingga Maut

Wanita Maut Ditukul Bekas Kekasih

Trending Tue, 4 May 2021

PKP Bersasar Untuk Kuala Lumpur – Annuar Musa

KL laksana semula PKP bersasar?

Trending Tue, 23 Mar 2021

Alif Satar & Daiyan Trisha Hos Baharu Muzik Muzik 36

Selebriti serba boleh, Alif Satar dan penyanyi serta pelakon Daiyan Trisha kini mengemudi program hiburan popular, Muzik Muzik 36. Alif dan Daiyan menggantikan tempat yang ditinggalkan oleh Sherry Alhadad dan Haziq Hussni yang sebelum ini […]

Featured Fri, 21 Jun 2024

“Saya Yakin Nora Dan Nedim Sudah Fikir Yang Terbaik Untuk Keluarga Mereka”- Fasha Sandha

betul ramai yang mendoakan yang terbaik buat kedua-duanya.❤️

Featured Tue, 2 May 2023
Trending Tue, 2 Mar 2021
error: Content is protected !!