Categories: Trending

Kapisiti Jemaah Majid, Surau Mungkin Akan Ditambah Jika Keadaan Semakin Stabil- KKM

Korang mesti rindu kan berjemaah di masjid dan surau..

Umum mengetahui, beberapa minggu lalu Menteri Agama telah mengeluarkan kebenaran untuk beberapa masjid dan surau yang terpilih di zon hijau untuk melakukan solat berjemaah termasuk terawih dan solat Aidilfitri.

Baca artikel berkaitan: Boleh Lakukan Solat Jumaat, Berjemaah Di Masjid Di Zon Hijau Mulai Esok – Menteri Agama

Namun, bilangan itu dihadkan kepada 30 orang sahaja. Terbaru, Ketua Pengarah Kesihatan Dato Dr Noor Hisham berkata jumlah jemaah masjid dan surau mungkin akan ditambah jika keadaan semakin beransur pulih.

Kredit foto: Bernama

“Buat masa ini, keutamaan pada pihak pentadbiran masjid dengan kapasiti terhad untuk 30 orang saja.

“Kita mulakan dengan skala kecil, perlahan-lahan tetapi pasti. Kita harap dapat terus memantau dengan lebih dekat pelaksanaan SOP itu.

“Sekiranya kita berpuas hati, kita tingkatkan (kapasiti),” katanya pada sidang media harian Covid-19 di Putrajaya, semalam.

Apapun, semoga kita semua dikurniakan umur yang panjang untuk terus melakukan ibadat. Selamat berpuasa dan selamat menyambut bulan Syawal yang bakal menjelang tiba.

Salam setulus ikhlas!

Kredit: Harian Metro

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”