Trending By: Del14 October 10, 2019 @ 12:26pm

Katy Perry dan Orlando Bloom Langsungkan Perkahwinan Disember Ini

Dunia Hollywood ketika ini sedang memberitakan perihal pasangan yang sudah bertunang, Katy Perry dan Orlando Bloom yang dikatakan bakal melangsungkan perkahwinan pada bulan Disember ini. Orlando Bloom yang mulai dikenali ketika melakonkan karakter ‘elf’ bernama “Legolas” di filem ‘Lord of the Rings’ itu sebelum ini pernah bernikah dengan super model Miranda Kerr dan mempunyai seorang anak lelaki bersama model tersebut.  Katy Perry juga sebelum ini sudah pernah menikah, jadi kesimpulannya kedua mereka akan sama-sama menamatkan status janda dan duda bulan Disember ini!

Sumber foto: Splashnews

Katy dan Orlando selama ini menjalinkan hubungan yang sangat matang, berbeza dengan sesetengah pasangan selebiriti Hollywood yang lain.  Mula menjalinkan hubungan pada tahun 2016 dan sempat dilaporkan putus hubungan beberapa kali (tetapi dalam keadaan baik), pasangan ini akhirnya mengumumkan pertunangan mereka pada Hari Kekasih (Valentine’s Day) tahun ini. 

 
 
 
View this post on Instagram
 
 

full bloom

A post shared by KATY PERRY (@katyperry) on

Katy juga diberitakan mempunyai hubungan yang baik dengan Flynn Bloom, anak semata wayang Orlando yang berumur 8 tahun itu.  Malah Katy pernah mengungkapkan di acara Ellen DeGeneres bahawa bakal menjadi ibu tiri kepada anak Orlando mengajarnya untuk menjadi lebih dewasa dan matang.  Bekas isteri Orlando Bloom juga pernah berkata bahawa Katy Perry merupakan seorang yang ‘amazing’ dan mempunyai hubungan yang baik dengan bakal isteri bekas suaminya itu.

 
 
 
View this post on Instagram
 
 

Thanks for shining bright with me @katyperry & Angela ??? @koraorganics #NoniBright

A post shared by Miranda (@mirandakerr) on

Seperti apa agaknya acara perkahwinan mereka ini nanti. Satu sumber pernah melaporkan bahwa Katy Perry berhasrat untuk berkahwin di sebuah istana gothic!  Pasti ramai yang tidak sabar, sama-sama kita nantikan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Replicated Draft Wed, 19 Apr 2023

Kaki Kumpul Hati Beri Senyuman Sempena Aidilfitri

Syarikat pengeluar minyak dan gas yang semakin menempa nama di Malaysia, Petron, terus memberikan perkhidmatan yang terbaik buat pengguna setia mereka. Selepas lebih sepuluh tahun berada di pasaran minyak Malaysia, Petron terus komited dengan visinya […]

Featured Mon, 25 Mar 2024

“Benda Yang Saya Akan Ingat Sampai Mati… Bila Anak Pertama Saya Dikatakan Bukan Anak Kandung Dia” – Rita Rudaini

Sedihnya! Moga setiap kesedihan yang dialami Rita Rudaini Tuhan gantikan dengan rezeki dan kesihatan yang berpanjangan😥❤️

Trending Tue, 14 Jul 2020
Trending Tue, 22 Oct 2019
Trending Fri, 11 Jan 2019

选对日子开工!才能「诸事大吉」一整年

所谓一年之吉在于春,选对吉日开工对华人来说是非常重要的。

Hiburan Thu, 1 Feb 2024