Categories: Trending

Kebenaran Rentas Negeri, Keputusan Dalam Masa Terdekat – Dr Adham Baba

Walaupun masih ada yang degil ingin merentas negeri tanpa sebab yang kukuh maka, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini akan memperhalusi cadangan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin agar penerima dua dos suntikan vaksin diberikan kebenaran merentas negeri.

Menurut Menterinya, Datuk Seri Dr Adham Baba, pihaknya perlu memperhalusi data dari Unit Kawalan Penyakit Berjangkit (CDC) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebelum sebarang keputusan dimaklumkan pada Mesyuarat Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Kita telah melihat cadangan Perdana Menteri untuk memastikan insentif kepada program vaksinasi ini untuk membenarkan mereka yang lengkap dengan dua dos suntikan untuk merentas negeri”

ARTIKEL BERKAITAN : Boleh Rentas Negeri, Daerah Jika Terima Dua Dos Vaksin

ARTIKEL BERKAITAN : Individu Cuba Rentas Negeri Sempena Ramadan Bakal Berdepan Tindakan Saman

ARTIKEL BERKAITAN : Larangan Rentas Negeri Jadi Hambatan

KKM masih tunggu keputusan…

Walau bagaimanapun keputusan dari pihak CDC masih lagi diperhalusi dan sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai kebenaran merentas negeri ini, KKM juga turut mengumumkan masih belum menerima concrete evidence kebenaran untuk membenarkan penerima dua dos suntikan vaksin untuk melakukan perjalanan rentas negeri.

Terdahulu, Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, Datuk Zainal Abidin Kasim hari ini menegaskan mana-mana individu yang didapati cuba merentas negeri untuk balik ke kampung bagi menyambut hari pertama Ramadan akan dikenakan tindakan saman.

ARTIKEL BERKAITAN : KKM Akan Tentukan Jika Rentas Negeri Sempena Aidilfitri Dibenarkan

ARTIKEL BERKAITAN : Larangan Rentas Negeri Jadi Hambatan

ARTIKEL BERKAITAN : Patuh SOP Antara Faktor Utama Kebenaran Rentas Negeri Sempena Aidilfitri – PM

 

Sumber : Awani

Salma Syahbuddin