Categories: Trending

Kerajaan TIDAK Rancang Laksana PKP Menyeluruh -PM

Selepas kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berhubung penangguhan rentas negeri susulan peningkatan kes, kali ini Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula memaklumkan kerajaan tidak bercadang untuk melaksanakan satu lagi tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara menyeluruh.

Namun, PKP hanya akan dilaksanakan di beberapa buah lokasi tertentu yang menjadi kawasan peningkatan kes Covid-19.

ARTIKEL BERKAITAN : Rentas Negeri Sempena Aidilfitri Ditangguhkan – KKM

Menurutnya, pelaksanaan PKP secara bersasar adalah untuk memastikan kes dapat dikawal, gangguan perniagaan dapat diminimumkan dan kemampuan ekonomi dapat dicapai.

Selain itu, kerajaan akan  menghidupkan semula ekonomi dan mengembalikan pekerjaan kepada rakyat.

“Seperti yang dikatakan, saya harus mengakui dan menghargai peranan penting diambil sektor swasta dalam memerangi wabak ini terutama ketika PKP,”
“Justeru, saya sekali lagi menekankan peranan industri adalah penting untuk mencapai matlamat bersama bagi melindungi nyawa dan kehidupan”

 

Sumber : BH

Salma Syahbuddin