Categories: Trending

Kerana Bengang Dengan Kecaman Netizen, Nadzmi Dedah Rahsia Ardell

Sejak berkahwin pada 1 September lalu, pasangan pelakon Nadzmi Adhwa dan Ardell Aryana menjadi bahan kecaman netizen yang menuduh pasangan itu sekadar berlakon selepas video sesi menyarung cincin pasangan itu ‘malu-malu kucing’ tular di media sosial. 

 

“Kebimbangan melampau boleh terjadi bila-bila masa sahaja dan bukan hanya pada hari pernikahan kami malah sebelum ini lagi. Apabila terlalu ramai dihadapannya, isteri saya terlalu terkejut sehingga menyebabkan ‘panic attack’.

Berikutan tularnya video menggigil Ardell ketika disarung cincin, Nadzmi seolah merayu, “Sebagai suami, tolong jaga hati isteri saya dan jangan gelar isteri saya minah gigil, perempuan parkinson, perempuan cacat.”

Baca:Betulkah Ardell Aryana Sakit Kanser?

“Saya tak kisah andai ada yang buat parodi saya dan isteri untuk menjadi bahan gelak tawa, cuma jangan hina isteri saya,” katanya.

Menurutnya, selama berkawan, mereka sering berjumpa kerana bekerjasama dalam ‘tailoring’ dan ‘design’.

Dia turut memberitahu, perasaan berkawan dan bergelar suami isteri itu jauh berbeza.

“Pada hari pernikahan, kami berdua memang sangat janggal dihadapan orang ramai untuk sesi membatalkan air sembahyang. Gugup berhadapan orang ramai.

Baca: Dulu panggil ‘Kakak’, Sekarang Dah Jadi Isteri

“Semua perasaan lega, takut, gembira dan sedih bergabung yang menyebabkan kami menggigil untuk masuk ke fasa baru dalam hidup kami,” katanya.

Nadzmi memohon peminat mendoakan kesejahteraan dia dan isteri selain menjaga hati mereka dan keluarga mereka berdua.

Oleh: Guy Masaki

SGMS Putri