Amukan Che Ta..Jangan Main-Main!

Pelakon Rozita Binti Abu bakar atau lebih dikenali sebagai Rozita Che Wan atau Che Ta baru-baru ini tidak dapat membendung rasa marahnya apabila di kutuk di laman instagramnya sendiri apabila dia telah memuat naik gambarnya yang memakai sepersalinan baju pengantin dari Rezza Hassan dengan kapsyen “Onz lagi dak kalau usia-usia begini jadi penantin”.

 

Sejujurnya ibu kepada 3 orang anak ini masih kelihatan ‘bergetah’ dan cantik memakai busana pengantin itu mengalahkan anak dara. Tetapi komen-komen negatif yang ditinggalkan  pengikut instagramnya telah menjadi provokasi untuk Che Ta membalas semula. 

 

“Aku kalau nak bersanding 1000 kali pun, kau pehal?? Mintak duit mak bapak kau? Ka sebab tak de jantan nak kau? Sedih la hidup kau ni!!!! ” balas Che Ta apabila dikutuk.

 

 

“Semua orang akan jadi jenazah tapi bukan semua orang sempat jadi pengantin” balas Che Ta lagi.

 

Takpalah Che Ta…hang sabaq ja lah naaa?? Kadang-kadang kita bergurau ja tapi orang ingat betoi-betoi pulak Che Ta nak naik pelamin sekali lagi! Apa-apa pun selebriti yang mempunyai lebih dari 4 juta pengikut di instagramnya ini  pasti sudah menjangkakan, yang ‘followers’ ramai-ramai dalam tu bukan semua yang suka kita. Ada tu yang suka nak ambil tahu hal hidup kita je. Betul tak?

Del14