Categories: Trending

Pihak Pendakwaan Ada Kes Yang Kukuh Terhadap Bekas Perdana Menteri – Tommy Thomas

Pihak pendakwaan mempunyai kes yang kukuh terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang dikatakan melakukan pecah amanah jenayah dengan menggunakan kedudukan bagi memperoleh suapan berjumlah RM42 juta membabitkan syarikat SRC International Sdn Bhd.

Menurut Peguam Negara, Tommy Thomas pihaknya akan membuktikan kes mereka pada perbicaraan nanti. Dan, sehingga itu beliau akan menerima bahawa Najib Razak adalah tidak bersalah sehingga dibuktikan.

“Malah, kami amat bermurah hati dengan jumlah jaminan terhadap tertuduh kerana tidak membantah prinsip jaminan. Sebaliknya hanya membantah jaminan… kami sangat adil.” Katanya ketika ditemui oleh media diluar Mahkamah hari ini.

Setakat ini dilaporkan cuma ada dua saksi yang akan dipanggil untuk memberikan keterangan berhubung kes Najib. Tommy juga berkata, sehingga kini masih tiada pertuduhan baharu terhadap bekas perdana menteri itu. 

” Namun, ia bergantung kepada siasatan yang diterima pihak pendakwaan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). -BH Online

Berita lanjut menyusul di Buletin Utama TV3 malam ini atau boleh saksikan catch-up TV hanya di tonton.

Salma Syahbuddin