Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari May 27, 2024 @ 3:44pm

Kes Simbah Asid Faisal Halim: 3 Cap Jari Di Lokasi Tiada Dalam Rekod JPN

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memaklumkan pihaknya sudah mendapatkan bantuan Jabatan Pendaftara Negara (JPN) untuk membuat semakan terhadap cap jari yang dianalisis oleh pihak forensik berkaitan kes simbah asid pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim.

Justeru, memetik laporan Harian Metro, hasil semakan tiga daripada lapan kesan cap jari di tempat kejadian JPN mendapati tiada sebarang rekod ditemukan.

“Apabila JPN periksa, tiada sebarang rekod dalam sistem. Kemungkinan cap jari ditinggalkan bukan ibu jari.

“Bagaimanapun, pihak polis giat mencari bukti-bukti bagi siasatan kes terbabit” ujarnya.

Sebelum ini, media melaporkan bahawa hasil analisa mendapati lima daripada lapan cap jari yang ditemui di tempat kejadian adalah tidak cukup sifat.

Manakala, tiga lagi cap jari tidak ada padanan dalam pangkalan data Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang berkemungkinan individu terbabit tidak pernah ditahan polis dan tidak memiliki rekod kesalahan lampau.

Artikel Berkaitan: Suspek ‘Sorok’ Berdekatan Kereta, Tular Video Didakwa Insiden Faisal Halim Disimbah Asid?

Artikel Berkaitan: Kes Simbah Asid Faisal Halim, Polis Dedah Fotofit Suspek

Artikel Berkaitan: Kes Simbah Asid Faisal Halim, Kulit Paha Bakal Jadi ‘Korban’… Bantu Tutup Kesan Lecur Pada Badan

Artikel Berkaitan: Faisal Halim Mula Berjalan & Aktif, Terus Ceria Jadi ‘Dirinya Kembali’

Artikel Berkaitan: Faisal Halim Melecur Tahap 4 Akibat Disimbah Guna Asid Sulfurik Pekat

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 28 Feb 2019

Dari tukang cuci ke pelakon wanita terbaik Oscar, Olivia Colman cipta sejarah

Ini pencalonan dan kemenangan pertamanya di anugerah ini.

Hiburan Sat, 31 May 2025
Featured Fri, 9 Mar 2018

Anak-Anak Pasti Teruja Kalau Dapat Tengok Dinosaur Cuti Sekolah Ini

Setiap kali ada cuti sekolah, pastinya ibu bapa antara individu yang paling sibuk mencari lokasi percutian untuk membawa anak-anak. Kononnya untuk ‘reward’ anak-anak yang dah penat lelah pergi sekolah! Waktu cuti sekolah jugalah masa yang sesuai untuk ibu bapa mengambil cuti setelah penat bekerja. Kadang-kadang, si anak ini memilih sendiri lokasi yang mereka mahukan, tetapi permintaan tersebut mestilah dapat kelulusan mak ayah kan? 

Featured Tue, 16 Feb 2021
Trending Thu, 1 Sep 2022
Trending Mon, 26 Mar 2018

Haruan Makan Anak! Gadis OKU Mangsa Rogol Bapa Sendiri

Sebaik dihubungi pihak sekolah, kakaknya pulang ke rumah bagi memeriksa sebelum terkejut apabila melihat bapanya sedang merogol adiknya di dalam bilik mangsa.

Hiburan Mon, 11 Aug 2025
Trending Mon, 6 Sep 2021
error: Content is protected !!