Categories: Trending

Kesiannya Banduan Dalam Kesakitan Dibiar Bersalin Sendirian

Staf di sebuah penjara dekat Colorado, Amerika Syarikat menerima kecaman hebat dari orang ramai selepas membiarkan seorang banduan wanita melahirkan bayi sendirian di dalam selnya.

Kejadian itu dikatakan berlaku pada Ogos tahun lalu, namun video tersebut kembali menjadi tular baru-baru ini.

Banduan itu mendakwa staf di Penjara Denver Country membiarkannya bersalin sendirian walaupun telah memaklumkan kepada mereka yang air ketubannya sudah pecah.

Jeritan meminta tolongnya tidak dihiraukan, sebaliknya kakitangan kesihatan dan penjara hanya meninjau keadaannya dari luar sel sehingga dia selamat melahirkan bayinya.

Selepas ‘bertarung’ dengan kesakitan, seorang bayi lelaki akhirnya selamat dilahirkan. Tidak lama selepas itu, barulah seorang jururawat lelaki dilihat masuk ke dalam sel dan mengambil bayi tersebut.

Banduan berkenaan baru sahaja dimasukkan ke dalam penjara itu kira-kira dua minggu sebelum kejadian.

Kini, dia telah menfailkan tuntutan saman terhadap staf penjara dan jururawat yang terlibat dalam kejadian itu atas dakwaan membiarkannya melahirkan anak tanpa sebarang bantuan perubatan.

Sumber: ABC NewsMetro UK

SGMS Enal