Trending By: Padin February 14, 2021 @ 2:56am

Kilafairy Enggan Rancang Soal Jodoh

Penyanyi dan pelakon Kilafairy atau nama sebenarnya, Syakila Nisa Jahangir Khan, 29, enggan merancang soal jodoh.

Mengaku sudah mempunyai kekasih hati, Kilafairy telah mengenali lelaki ini selama 10 tahun.

“Hal sebegini saya serahkan kepada pihak lelaki. Takut nanti saya rancang-rancang tak jadi pula.

“Saya pun tak tahu sama ada tarikhnya akan berlangsung bila. Saya lebih suka mengikut arus, go with the flow,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Kilafairy (@kilafairyofficial)

Berbicara mengenai soal kerjaya seni, Kilafairy bakal mengeluarkan single terbaru.

“Setakat ini single genre pop itu berjudul Ratu. Namun tajuk sebenarnya masih belum pasti dan masih dalam perbincangan.

“Ia diuruskan oleh pengurusan saya. Setakat ini saya dah mempunyai tiga single dan selebihnya berkolaborasi dengan penyanyi lain,” katanya lagi.

Berbicara mengenai soal kelangsungan hidup ketika COVID-19 melanda, Kilafairy yang kini menjalinkan kerjasama dengan produk kecantikan UFORA menerusi lipmatte UFORA x KILAFAIRY prihatin dengan keadaan semasa di mana ramai individu hilang pekerjaan akibat pandemik.

“Kerjasama ini membuahkan idea saya dan pengasas jenama ini, Supia Saupi untuk memperkenalkan Skim Dropship Tanpa Modal.

“Produknya bagus dan sudah pasti saya telah mencuba lipmatte itu terlebih dahulu sebelum bersetuju untuk bekerjasama, harganya juga berpatutan, cuma RM35 sahaja.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by COSMETICS NO.1 MALAYSIA (@ufora_hq)

“Jadi, kami nak ajak orang-orang diluar sana berniaga tanpa modal. Maksudnya mereka boleh berniaga tanpa perlu keluar duit.

“Mereka yang terkesan boleh mencubanya kerana saya sendiri begitu bersimpati dengan mereka yang hilang kerja atau dipotong gaji,” katanya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 11 Jun 2021

“Dalam Pada Terluka, Dia Tidak Sedar Ada Seseorang….” – Achey Sembuh Dari Sakit

Selepas berjaya meraih 34 juta tontonan di YouTube dengan single Sakit yang dilancarkan tahun lalu, penyanyi dan pelawak Achey kini melancarkan pula lagu berjudul Sembuh. Menjadi kesinambungan lagu Sakit, lagu Sembuh yang juga hasil ciptaan

Featured Mon, 5 Sep 2022
Trending Thu, 18 Mar 2021

Sewa Filem Serendah RM1, Ubah Rumah Anda Menjadi Pawagam Dengan ‘tonton CINEMA’

Sedar atau tidak, sudah hampir setahun rakyat Malaysia berada di rumah berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semenjak pandemik Covid-19 melanda negara kita. Walaupun panggung wayang telah dibuka, ramai yang masih memilih untuk kekal berada di

Trending Tue, 26 Jun 2018

Bazar Perayaan Di Dua Lokasi Ini Bakal Tinggal Kenangan

Terdapat banyak aduan dan ia amat sukar diurus. Sebelum ini, tapak bazar telah diberikan kepada persatuan pedagang tetapi terdapat aduan salah urus dan banyak yang disewa untuk mendapatkan keuntungan besar berbanding untuk peniaga miskin.

Trending Sun, 21 Aug 2022

“Rasa Kalau Tok Ram, Mau Dia Bakar Studio Ni”- Mokhzani Ismail ‘Pantang’ Dengar Nyanyian Sumbang Aliff Syukri

Awal minggu ini tular tentang nyanyian duet usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman bersama penyanyi, Baby Shima menerusi lagu Baby Sayang yang trending nombor satu di YouTube. Rata-rata wargamaya menyifatkan usahawan tersebut seorang yang

| Live TV

error: Content is protected !!