Featured By: Salma Syahbuddin June 13, 2022 @ 7:31pm

[VIDEO] Anak Ditindih & Dicakar Kanak-Kanak Lain, Pengasuh Bagi Alasan Tak Logik.. Bila Tengok Bukti CCTV, Lain Pula Jadinya!

Penderaan dan keganasan yang berlaku secara langsung atau tidak langsung melibatkan kanak-kanak di bawah jagaan pusat asuhan ataupun tadika seringkali membimbangkan golongan ibu bapa.

Bagaimanapun, lantaran komitmen kerja dan kos sara hidup yang tinggi, ia menjadi penyebab golongan ibu bapa terpaksa bergantung kepada institusi tersebut untuk menjaga anak mereka.

Baru-baru ini, tular di laman sosial Facebook apabila individu yang dikenali sebagai Lidiya Izam berkongsi beberapa keping foto berserta tangkap layar perbualan WhatsApp bersama seorang pengasuh di sebuah pusat jagaan selepas insiden membabitkan wajah anak lelakinya dipenuhi kesan cakaran.

Menurutnya, pusat taska tersebut tidak memberi alasan yang logik dan mengatakan tidak sempat meleraikan pergaduhan yang berlaku antara anaknya dengan kanak-kanak lain atas sebab pengasuh sedang sibuk memberikan susu.

“Sikap kecuaian pihak taska yang bagi saya tak boleh diterima pakai. Based on conversation via whatsapp pada awalnya, kononnya cikgu tak sempat meleraikan kanak kanak yang mencakar aqasha, tapi hakikatnya bila tengok CCTV, lain pulak jadinya.

“Kata principal taska tersebut, cikgu keluar buat susu dan cikgu lain pergi solat. Solat berjemaah ke? Solat berjemaah memang bagus tapi kena lah dgn situasinya,” katanya.

Merasakan dirinya dimanupulasi dengan kenyataan berbelit oleh guru-guru tersebut, Lidiya sempat memuat naik bukti rakaman video dari kamera liter tertutup (CCTV) menerusi akaun Facebook miliknya.

Apa yang mengejutkan, tiada seorang guru atau pengasuh pun yang berada di dalam bilik tersebut.

Hasil dari rakaman video tersebut juga menunjukkan seorang kanak-kanak dilihat datang mencakar muka dan menindih Aqasha yang sedang terbaring dan kelihatan seolah-olah menahan kesakitan.

Selain kesal dengan tindakan terbabit, wanita itu juga berasa kecewa dengan pengurusan taska berkenaan kerana sejak insiden yang berlaku, dia tidak menerima apa-apa panggilan untuk berbincang mengenai hal tersebut.

Menjengah di ruangan komen pula, rata-rata warganet berasa simpati dengan insiden yang berlaku terhadap Aqasha dan memohon agar pengasuh, guru atau penjaga menjalankan tanggungjawab mereka dengan sepenuh hati dan bukan sambil lewa sahaja.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 7 Dec 2021

Wanita Genit Pernah Tular Di TikTok Kini Berbadan Dua Curi Perhatian Netizen

Cinta sejati lahir dari hati yang ikhlas, bukan berdasarkan pada aspek fizikal mahupun luaran seseorang. Sebelum ini, kisah mengenai seorang wanita ini pernah tular kerana disangka budak kecil atau pelajar sekolah rendah menjadi tumpuan netizen […]

Featured Thu, 16 Aug 2018
Hiburan Thu, 8 Feb 2018

MEET ISAAC VOO: THE FIRST MALAYSIAN KPOP IDOL

There have been many foreigners rising to fame in KPOP groups recently and now Malaysia’s very own Isaac Voo has brought so much pride to Malaysians as he joined the South Korean band IN2IT.

Trending Thu, 6 Sep 2018

Barisan Bintang Hantu Kak Limah Bakal Bergelar Orang Kaya, Andy Lau Beri Bonus!

Barisan pelakon dan krew produksi Hantu Kak Limah akan menerima bonus daripada syarikat penerbitan Infinitus Gold dan Astro Shaw.

Trending Sat, 14 Apr 2018

Pesawat Terbesar Di Dunia Mendarat Di KLIA

Juruterbangnya, Antonov Dmytrov memberitahu bahawa Malaysia adalah tempat persinggahan ketiga pesawat itu selepas Leipzig, Jerman dan Dammam, Arab Saudi, bagi menghantar kargo berat.

Hiburan Wed, 12 Dec 2018

‘Sian Anak-Anak I’, Nora Danish Terkilan Sikap Netizen

Nama pelakon Bahagia Bukan Bidaan ini kembali hangat diperkatakan gara-gara sekeping gambar yang memperlihatkan sosok tubuhnya di dalam kamar mandi.

Featured Fri, 30 Aug 2019
Trending Mon, 30 Jul 2018

国际友谊日丨世界各国打招呼的方式

今天是国际友谊日,让咱们一起来学习学习世界各国的打招呼方式吧!