Euforia Bola 2026
Trending By: Yanie Baharom September 6, 2018 @ 4:05pm

Barisan Bintang Hantu Kak Limah Bakal Bergelar Orang Kaya, Andy Lau Beri Bonus!

Tahniah kepada produksi filem Hantu Kak Limah di atas sejarah baru yang diciptanya di dalam industri perfileman negara dengan kutipan pecah panggung RM40 juta.

Satu pencapaian yang cukup membanggakan bukan saja dirasai rakyat Malaysia bahkan bintang terkenal Hong Kong, Andy Lau juga sempat memanjangkan ucapan tahniah kepada produksi filem berkenaan.

Sebagai penghargaan kepada semua yang terlibat, barisan pelakon dan krew produksi akan menerima bonus daripada syarikat penerbitan filem itu, Infinitus Gold dan Astro Shaw itu.

Andy, 57, menyifatkan ia sebagai satu kejayaan besar untuk semua yang bertungkus-lumus menyiapkan naskhah tersebut.

“Tahniah untuk filem Hantu Kak Limah, ini merupakan satu kejayaan besar untuk kita semua,” katanya ringkas.

Foto: Astro Gempak

Andy menyampaikan ucapan ringkas itu ketika majlis makan malam meraikan kejayaan filem tersebut yang diadakan di Hotel Berjaya Times Square, Kuala Lumpur pada malam Rabu.

Andy merupakan salah seorang pengasas syarikat gergasi produksi Infinitus Entertainment Group yang juga merupakan selaku penaung Infinitus Gold.

Turut hadir ialah pengasas bersama iaitu Datuk Robin Tan, Penerbit Eksekutif Hantu Kak Limah, TP Lim, Penerbit Gayatri Su-Lin Pillai dan pengarah Mamat Khalid.

Barisan pelakon yang turut hadir pula ialah Zul Ariffin, Datuk Awie, Delimawati, Mus May, Jue Aziz dan Ropie.

Sehingga kini Hantu Kak Limah sudah berjaya mengutip RM36 juta sejak 28 hari tayangan dan dijangka kutipan sebanyak RM40 juta akan dicapai.

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 14 May 2026

“Muka Poyo Tak Ada Common Sense” – Rita Rudaini Tegur Individu Selamba Merokok Di Tempat Awam

Rita Rudaini sekali lagi lantang menyuarakan pandangan peribadinya terhadap sikap segelintir individu

Trending Sat, 21 Dec 2019

Hanya Kerana Isteri Kuat Berleter, Sekeluarga Maut

Anak-anak comel tapi sayang maut juga

Featured Tue, 19 Aug 2025

Daniel Fong Anggap Lakon Babak ‘Buka Baju’ Perkara Biasa – “Mungkin Sebab Badan Saya ‘Not Bad'”

Pelakon Daniel Fong terbuka untuk melakonkan babak ‘buka baju’ sesuai dengan tuntutan naskhah lakonannya.

error: Content is protected !!