Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin August 19, 2025 @ 1:25pm

Daniel Fong Anggap Lakon Babak ‘Buka Baju’ Perkara Biasa – “Mungkin Sebab Badan Saya ‘Not Bad'”

Pelakon Daniel Fong terbuka untuk melakonkan babak ‘buka baju’ sesuai dengan tuntutan naskhah lakonannya.

Kata Daniel, dia sudah menganggap perkara itu biasa dan ini bukanlah kali pertama dia membawakan adegan sedemikian terutamanya ketika melakonkan babak sedang berada di rumah.

“Saya banyak muat naik foto berada di gim di media sosial saya, semuanya untuk kandungan kecergasan.

“Tapi dalam drama ini bukan kali pertama saya buka baju dan mungkin juga sebab saya miliki body yang ‘not bad’,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Daniel Fong (@danielfongwc)

Bagaimanapun, Daniel menjelaskan, tawaran melakonkan babak tanpa berbaju itu terlebih dahulu diutarakan oleh pengarah sebelum menjalani sesebuah penggambaran.

“Pengarah akan tanya terlebih dahulu sama ada okay untuk saya bawakan atau tidak. Mereka tidak simply arahkan untuk saya lakon scene tersebut.

“Kadang-kadang saya okay sebab itu bukan untuk menunjuk tapi lebih kepada menunjukkan realiti kehidupan contohnya, baru lepas mandi dan duduk seorang di rumah… jadi buka baju itu adalah perkara biasa,” jelasnya.

Daniel berkata demikian ketika ditemui pada sesi sidang media dramaKerana Seorang Lelaki yang di adakan di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Berkongsi lanjut, anak muda berusia 32 tahun ini mengakui dia sangat menjaga penampilan diri termasuklah mengamalkan gaya hidup sihat dan melakukan Intermitten Fasting (IF).

“Saya tidak memilih makanan, tapi menjaga pengambilan protein dalam setiap hidangan.

“Biasanya saya tak ambil sarapan pagi, tapi makan dalam kuantiti yang banyak pada waktu tengah hari.

“Saya suka makanan Melayu kerana ada pelbagai lauk dan kita pun boleh pilih nak makan apa. Berbeza kalau berada di set penggambaran Cina, saya akan selalu dapat makanan yang telah di bungkus (packing), protein pun tak cukup,” ujarnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 7 Jul 2025
Hiburan Wed, 11 Dec 2019

Katy Perry In Khoon Hooi? Wow!

Way to go Khoon Hooi!

Hiburan Tue, 12 Dec 2023
Featured Sat, 3 Sep 2022
Hiburan Sat, 24 Aug 2019
Hiburan Wed, 14 Feb 2018

DAH BERGELAR DATUK, AARON AZIZ TUKAR HALUAN?

Barangkali kegigihannya turun padang dan membantu menyelesaikan masalah masyarakat membuat Aaron dipandang tinggi bagaikan ‘wakil rakyat’ pula.

error: Content is protected !!