Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari September 3, 2022 @ 11:10am

Gara-Gara Video TikTok, Alif Hadi Didakwa Bersekedudukan Dengan Yasmin Hani… Ini Respons Empunya Badan!

Pasangan pelakon Alif Hadi dan Yasmin Hani yang sedang hangat bercinta sering berkongsi video melakukan pelbagai aktiviti bersama di laman sosial.

Terbaharu, pasangan kekasih tersebut dituduh tinggal serumah bersama walaupun masih belum mempunyai ikatan yang sah gara-gara video yang dimuat naik oleh Alif di akaun TikTok miliknya.

Menerusi video berdurasi 20 saat itu memaparkan Alif cuba untuk menutup pintu peti sejuk berulang kali namun tersekat kerana tidak menyedari bahawa anak lelaki Yasmin iaitu Eissa Elzander berada di tengah peti sejuk tersebut sebelum lari mengusap kepalanya.

@al1fhad1 Kadang-kadang terlupa..😅 #foryou #tiktokmalaysia #foryoupage #fyp #meme ♬ original sound – Alif Hadi

Namun begitu, ada segelintir warganet melemparkan tuduhan di ruangan komen dengan menyatakan Alif seronok dapat tinggal serumah dengan Yasmin.

“Bestnya duduk serumah,” tulis seorang warganet.

Tidak berdiam diri, Alif tampil membalas tuduhan yang ditinggalkan diruangan komen dengan menjemput individu tersebut ke rumah untuk membuktikan ia perkara betul atau fitnah semata-mata.

Terdahulu, Alif telah membuat satu kenyataan menyatakan bahawa dia merancang untuk menamatkan zaman bujangnya bersama Yasmin pada hujung tahun ini.

Sehingga kini, video tersebut telah meraih lebih 330,000 jumlah tontonan dan menerima lebih 8,000 tanda suka.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Drama Thu, 9 Apr 2026

Adam Lee Bawa Watak Dua Identiti Demi Anak Dalam ‘Bayangan Lelaki Sempurna’

Bermula malam ini di slot Akasia, Bayangan Lelaki Sempurna tampil dengan kisah menyentuh hati mengenai pengorbanan seorang bapa tunggal yang sanggup menjalani dua kehidupan demi anaknya.

Hiburan Wed, 12 Dec 2018
Events Sat, 12 Oct 2024
Featured Mon, 14 May 2018

8 Orang Yang Terlalu Obses Dengan Pembedahan Plastik Sampai Rupa Mereka Nampak Pelik

Kalau cantik, tak apalah. Ini ada yang macam rupa makhluk asing!

Hiburan Sat, 10 Jan 2026

Tak Sangka Lagu Sendiri Jadi OST, Farihin Arnia Luah Rasa Syukur – “Pada Awalnya Tertekan Juga Sebab…”

Farihin turut tampil dalam drama Kelas Belakang yang memaparkan realiti kehidupan pelajar kelas paling tercorot

Featured Tue, 30 May 2023
error: Content is protected !!