Akibat Ingin Sambung Belajar Ke Peringkat Sarjana, Farisha Iris Digelar ‘Andartu’

Penyanyi dan pelakon Farisha Iris pernah berhasrat ingin melanjutkan pelajarannya sehingga ke peringkat ijazah sarjana dan tidak mengambil remeh mengenai pendidikan biarpun memilih menjadi anak seni.

Artikel Berkaitan: Bergelar Anak Seni Tak Jadi Penghalang Farisha Iris Tetap Utamakan Pendidikan

Walaubagaimanapun, terdapat segelintir netizen yang mempersoalkan keputusannya yang ingin melanjutkan pelajaran ke Master itu.

Menerusi sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh Farisha di laman Twitter, dia menunjukkan sebuah posting perbualannya dengan seorang individu yang meragui keputusannya itu.

Menerusi hantaran tersebut, individu tersebut bertanya kepada Farisha adakah dia ingin melanjutkan pelajarannya sehingga ke peringkat sarjana atau sebaliknya.

Bukan itu sahaja, individu tersebut turut membandingkan kehidupan Farisha dengan wanita di luar sana yang sudah berjaya mendirikan rumah tangga serta mempunyai cahaya mata.

“Ini study sampai master ke sampai tua.

“Orang lain anak tiga, you andartu,” tulis individu tersebut.

Tidak mendiamkan diri, Farisha membalas persoalan individu tersebut dengan mengatakan bahawa dia tidak kisah jika ingin menyambung pelajaran sehingga tua berbanding mengenali lelaki yang tidak guna.

“Sampai tua. Okeylah tu, dari stres dengan lelaki tak guna,” jawabnya

Untuk info, Farisha menerima diploma dalam bidang komunikasi dan media pada Majlis Konvokesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, pada 20 Jun lalu.

Dharnieya Nur Amelsa