Featured By: Atiqah Johari March 10, 2023 @ 2:04pm

Anwar Lantik Johari Ghani Ketuai Pasukan Bertindak 1MDB

Bagi menyelesaikan isu yang melibatkan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melantik Datuk Seri Johari Abdul Ghani untuk mengetuai pasukan petugas khas tersebut.

Anwar mengumumkan pelantikan tersebut di Dewan Rakyat pada Khamis (9 Mac) dengan memaklumkan bahawa Ahli Parlimen Titiwangsa itu telah membangkitkan isu tentang 1MDB beserta jalan penyelesaian yang dicapai dengan Goldman Sachs.

Tambah, Anwar turut bersetuju dengan kritikan Johari berkaitan penyelesaian kerajaan dengan Goldman Sachs bernilai AS$2.5 bilion malah penyelesaian bersama bank pelaburan itu telah dicapai pada tahun 2020 ketika kerajaan di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Saya sendiri tidak bersetuju dengan keputusan lalu, yang terlalu ringan ketika persetujuan dicapai. Goldman Sachs mengaut untung di atas kesukaran dan derita kita,” kata Anwar.

Lagi, kerajaan di bawah pentadbiran Muhyiddin mencapai penyelesaian bersama Goldman Sachs dengan hanya membayar AS$2.5 bilion kepada kerajaan dan beri jaminan pulangan aset 1MDB bernilai USD4 bilion yang disita oleh pihak berkuasa di seluruh dunia.

Walaubagaimanapun, memetik laporan Free Malaysia Today, Johari yang merupakan mantan menteri kewangan II mendesak kerajaan untuk menyiasat pihak yang terbabit dalam penyelesaian dengan Goldman Sachs dan berpandangan Malaysia mengalami kerugian dalam hal tersebut.

Katanya lagi, Goldman Sachs yang merupakan penasihat kewangan dan pengurus utama kepada tiga bon diterbitkan oleh 1MDB bernilai AS$6.5 bilion mendapat yuran AS$606 juta sebagai yuran komisen.

Jelas Johari, sabitan jenayah terhadap dua bekas pegawai Goldman Sachs iaitu Tim Leissner dan Roger Ng memperlihatkan sikap ‘meragukan’ dalam penyelesaian skandal ini.

Sumber: Free Malaysia Today

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 16 Mar 2022
Trending Fri, 27 Jul 2018

Euwww! Bila Si Isteri Mengaku Kekasih Lebih Handal Di Ranjang…

Dan yang paling mengejutkan, wanita ini mengaku dia dan kekasihnya mengambil dadah. OMG, girl you really need help! 

Hiburan Thu, 19 Dec 2019

Winner Of ‘Dewi Remaja 2019’ Is Not Making The Same Mistake Twice

Some lessons are meant to be learned and what she’s doing will definitely benefit her in the future.

Hiburan Mon, 19 Aug 2019

Kes kehilangan Nora mengimbau kembali kes-kes jenayah lampau

Walaupun tiada persamaan di dalam kes-kes tersebut, akan tetapi ia telah memotivasi seorang Peguambela dan Peguamcara di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, saudara Ikhwan untuk berkongsi kes-kes jenayah yang telah mendapat liputan media yang menyeluruh yang

Featured Tue, 13 Sep 2022
Featured Sat, 1 Dec 2018
Hiburan Sun, 24 Jun 2018

SHINee’s Minho Wants to Start a Family in His 30’s

It doesn’t seem like he has a girlfriend yet so move quick, ladies.

Hiburan Sun, 20 Jan 2019

Kontroversi Ratu Cantik Dari Seluruh Dunia, Jom Semak Siapa Mereka!

Disebabkan terlibat dengan skandal, mereka terpaksa memulangkan tiara sekaligus gelaran ratu turut dilucutkan…

| Live TV