Aplikasi Cari Jodoh ‘Punca’ Kanak-Kanak 12 Tahun Dirogol

Seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun dirogol selepas keluar bersama seorang lelaki yang dikenalinya menerusi aplikasi cari jodoh.

Memetik lapotan Berita Harian, kejadian yang berlaku di Kemaman, Terengganu kira-kira jam 9 malam pada Khamis lalu, mangsa dibawa lelaki berusia 28 tahun ke sebuah bengkel.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri, Asisten Komisioner Suffian Sulaiman berkata mangsa terdahulu mengikuti ibunya ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk melawat ahli keluarga, pada jam .30 petang.

Katanya, mangsa yang sedang menunggu di lobi hospital berhubung lelaki yang dikenalinya melalui aplikasi cari jodoh, sebelum keluar mengikutinya tanpa pengetahuan ibunya.

Sufian berkata, mangsa dijemput seorang lelaki lain yang turut dikenalinya melalui aplikasi sama dan dibawa bersiar-siar menaiki kereta di sekitar kawasan berkenaan.

“Sewaktu di dalam kereta, mangsa mendakwa lelaki yang bekerja sebagai mekanik itu memberikannya minuman yang menyebabkannya mengantuk sebelum dibawa ke sebuah bengkel.

“Mangsa yang tertidur hanya terjaga apabila suspek menanggalkan seluar lalu merogolnya,” katanya.

Tambah Suffian, mangsa telah membuat laporan mengenai tragedi pahit berkenaan di Balai Polis Kemaman pada jam 5 pagi, Jumaat lalu.

“Susulan itu, polis menahan lelaki terbabit kira-kira jam 2 petang di sekitar daerah ini dan suspek kini direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Aqilah Paharuzi