Penangan Karakter Perampas, Wafariena Terima Ugutan Santau Kerana Watak Nurul Ain

Pelakon Wafariena mendedahkan dia menerima ugutan santau daripada penonton yang taksub dengan drama siri ‘7 Hari Mencintaiku 3’ oleh kerana watak Nurul Ain yang dilakonkannya sebagai pemusnah rumah tangga.

Menurut Wafariena atau nama sebenar Wafariena Roslan, dia menerima ugutan tersebut melalui ‘direct message’ (DM) di Instagram miliknya.

“Tak tahulah nak cakap macam mana. Tapi, disebabkan Nurul Ain untuk musim ketiga ini, saya menerima bermacam-macam cacian, makian, ugutan itu ini termasuklah santau.

Pada masa sama, ada yang menasihatkan dirinya untuk tidak ambil serius dengan ugutan tersebut, namun dia tetap perlu berjaga-jaga dan mengingatkan para penonton bahawa lakonan Nurul Ain hanyalah lakonan semata-mata.

“Tolonglah jangan terbawa-bawa dalam kehidupan realiti tapi saya faham orang benci dan kecam bermakna lakonan saya dalam drama memberikan kesan. Untuk itu, saya bersyukur,” katanya.

Sebelum ini, Wafariena pernah menerima ugutan untuk disimbah asid pada wajahnya oleh penonton yang terlalu taksub dengan drama itu.

Sumber: Kosmo

Maya Basir