Tiket Konsert Anuar Zain Dan Ziana Zain ‘Sold Out’ Dalam Masa 72 Jam, Capai Rekod Sebagai…

Tiket konsert Anuar Zain & Ziana Zain Live In Kuala Lumpur 2022 anjuran Trumpet International Sdn Bhd habis dijual dalam masa tiga hari.

Menerusi perkongsian di Instagram, Anuar Zain menzahirkan rasa syukur dan mengucapkan terima kasih kepada peminatnya atas sokongan yang diberi.

“Alhamdulillah.. within 72 hours, tiket dah SOLD OUT Thank You buat semua yang menyokong kami. Alhamdulillah Syukur ke hadrat Allah SWT,” tulis Anuar.

Selain itu, pihak penganjur turut mengucapkan tahniah kepada peminat kedua-dua penyanyi bersuara lunak itu kerana telah berjaya mendapatkan tiket konsert tersebut.

Dalam pada itu, pihak Trumpet turut menyatakan konsert ini merupakan salah satu konsert yang mencapai rekod ‘SOLD OUT’ bagi penyanyi tempatan.

“Tahniah kepada mereka yang berjaya mendapatkan tiket konsert! Konsert ini telah mencapai rekod sebagai salah satu konsert SOLD OUT oleh penyanyi tempatan dengan jualan tiket terjual sepenuhnya dalam masa 3 hari sahaja!,” kata penganjur.

Sementara itu, mereka turut memaklumkan kedua-dua penyanyi, Anuar dan Ziana amat berbesar hati atas sokongan yang diberikan.

Anuar Zain & Ziana Zain amat berbesar hati dengan sokongan yang diberikan dengan menjadikan konsert ini sebagai sebuah persembahan full house! Populariti mereka sebagai Penyanyi Malaysia sekali lagi terbukti,” katanya.

Konsert bersejarah buat penyanyi adik beradik ini akan diadakan di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Sebelum ini, penyanyi Sedetik Lebih itu juga sempat meluahkan rasa syukurnya kerana masih digemari ramai sehingga kini.

ARTIKEL BERKAITAN: Anuar Zain Syukur Digemari Peminat – “Bukan Senang Orang Nak Sayang Kita…”

Fatin Nurain