Neelofa Mula Beri Bayangan Wajah Bilal, Sebiji Macam…

Selebriti terkenal Neelofa mula memberi bayangan wajah anak lelakinya, Muhammad Bilal.

Menerusi perkongsian di Instagram, Neelofa telah berkongsi gambarnya sewaktu kecil.

“Ummi Bilal,” tulisnya.

Malah, pengacara itu turut menyatakan mukanya sewaktu kecil mirip seperti anaknya melalui Instagram Story miliknya.

“Tengok masa kecik ni, rasa macam copypaste Bilal sangat,” kongsinya.

Dalam pada itu, komen pempengaruh Vie Shantie Khan, juga seakan-akan menjawab segala persoalan netizen yang ingin mengetahui wajah anak selebriti itu.

“Sebijik muka Bilal,” komen Vie Shantie.

Rata-rata netizen mula memuji kecomelan wajah anak selebriti itu bersama suaminya, Haris Ismail.

“Okay muka Bilal macam ni gais hihihi cuteeee Masya-Allah,” komen seorang netizen.

“Oh! Bilal muka ummi nya ye,” tulis seorang pengikutnya.

“Okay, dah boleh imagine sikit-sikit ni.. Ada macam Jayden sikit ni kalau macam tu, tang pipi…,” komen seorang peminatnya.

Walaubagaimanapun, Neelofa dan Haris masih belum mendedahkan sepenuhnya wajah putera kesayangan mereka itu.

Fatin Nurain