Categories: Hiburan

Demi Tuntutan Watak, Marsha Milan Belajar Jadi Lasak

Pelakon dan penyanyi Marsha Milan menyifatkan lebam yang dialami ketika menjayakan watak aksi adalah sesuatu yang berbaloi.

Sudah lama mahu menjayakan watak berbeza, Marsha mengambil inisiatif sendiri untuk mengikuti kelas bagi merealisasikan watak aksi.

“Susah sebenarnya saya nak buat watak sebegini, saya tak pandai. Tetapi disebabkan tuntutan karakter, saya fokus untuk belajar dan mahu menjadikan watak itu realistik.

“Saya habiskan lebih banyak masa bersama koreografer aksi yang ada di set penggambaran dan gembira dapat belajar benda baru,” katanya.

Menjayakan watak Didi dalam drama bersiri Seribu Nina yang bersiaran di platform penstriman Viu, Marsha juga mengalami lebam di badan.

“Bila dah beraksi lasak, pastinya akan ada lebam di badan. Banyak ‘hadiah lebam-lebam di badan yang saya terima ketika menjayakan watak Didi tetapi saya puas kerana watak ini berbeza.

“Bekerjasama dengan team produksi ini sangat memudahkan dan saya sendiri tak sabar mahu melihat reaksi penonton Seribu Nina,” katanya lagi.

Selain Marsha, Seribu Nina turut dijayakan oleh Adriana Adnan, Syafiq Kyle, Adlin Aman Ramlie dan ramai lagi.

Padin