Bekas Diplomat & Anak Lelaki Ditahan Gara-Gara Disyaki Tanam 100 Pokok Ganja

Seorang bekas diplomat berusia 78 tahun dan anak lelakinya ditahan berikutan penemuan kira-kira 100 pokok ganja yang disyaki ditanam di pekarangan rumah mereka di Janda Baik, Pahang.

Maklumat berkenaan didedahkan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay.

“Pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman sedang melakukan siasatan lanjut bagi mengetahui bagaimana suspek memperoleh bekalan pokok ganja terbabit.

“Kami juga sedang menyiasat peranan kedua-dua suspek yang ditahan dalam kes tersebut,” katanya.

Difahamkan semasa serbuan, mantan diplomat ditahan di rumahnya pada Sabtu lalu, manakala anak lelakkinya, 53, ditahan di Shah Alam pada Isnin.

Ketua Polis Pahang, Datuk Ramli Mohamed Yoosuf dijangka akan mengeluarkan kenyataan media pada Selasa.

Sumber: Berita Harian

Aqilah Paharuzi