Featured By: Dharnieya Nur Amelsa December 29, 2022 @ 6:41pm

Beri Kata Semangat Untuk Mereka Di Fasa Healing, Ramai Inginkan Perkongsian Hana Ismail – “Teruskan Buat Video Macam Ni…”

Pengacara Hana Ismail sering berkongsi nasihat dan kata-kata semangat kepada pengikut yang sedang berada di fasa sulit di laman TikTok.

Terkini, Hana memuat naik lagi sebuah perkongsian bagi pengikutnya yang sedang berada di fasa ‘healing’ dalam kehidupan.

Menerusi hantaran yang dimuat naik, isteri kepada Dai Syed ini memberi kekuatan kepada pengikutnya untuk terus kuat dan tidak putus asa dalam kehidupan walaupun seberat mana pun ujian yang datang.

Baginya, setiap ujian dan dugaan yang datang pasti ada jalan penyelesaiannya.

“Kehidupan itu adalah sebuah perjalanan. Bukan perlarian dan bukan juga perlumbaan. Seperti mana apabila seseorang itu berjalan terkadang terpijak kaca, terpijak paku, ye sakit.

“Tapi, jangan dibuang kaki itu. Balut dan rawatlah ia. Teruskan berjalan.

“Sama seperti lumrah kehidupan. Terkadang kita ini rasa luluh, kecewa, patah hati, rasa tak berguna tapi jangan berputus asa dengan rahmat Allah. Yakinlah selepas hujan pasti akan datang pelangi,” katanya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan perasaan mereka dan turut mengucapkan terima kasih kepada Hana memandangkan kata-katanya dapat menenangkan hati mereka.

“Terima kasih kak, tahun ni banyak jatuh.

“Kata-kata yang menenangkan, teruskan usaha ini.

“Terima kasih ingatkan saya Semoga semua kuat ye.

“Entah kenapa lepas dengar ni terus rasa tenang sikit hati. Terima kasih sis.

“Alhamdulillah rasa tenang, bersabar dengan ujian yang Allah beri. Dia lebih mengetahui siapa yang layak terima ujian. Jazakallahu kairan,” komen netizen.

Bukan itu sahaja, malah ada juga segelintir yang memuji perkongsian Hana ini akan membantu ramai orang yang dalam fasa kesulitan.

“Teruskan buat video macam ni kak, anak-anak muda sekarang suka kata-kata macam ni,” komen netizen.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 440,000 tontonan, 46,000 tanda suka dan 603 komen.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Sun, 12 Mar 2023
Trending Wed, 13 Jan 2021

“Apa Yang Terbaik Untuk Kita Tak Semestinya Terbaik Untuk Orang Lain” – Alif Satar Kongsi Kata-Kata Positif

Ujian setiap orang berbeza beza, sentiasalah pilih untuk menjadi baik ❤️

Selebriti Fri, 15 Mar 2024
Hiburan Fri, 28 Feb 2020

启动全球亚洲心动娱乐!重兵进驻马来西亚打造影视城

亚视进攻OTT平台,启动全球亚洲心动娱乐;同时亦宣布四大区域管理层,并誓言将重兵进驻马来西亚打造影视城。

Featured Wed, 10 Feb 2021
Trending Tue, 8 Sep 2020

COVID-19: 100 Kes Baru Dilaporkan, Tiada Kematian Terbaru

Jumlah angka terkini catat sejarah!

Trending Tue, 26 Jan 2021

Peruntukkan 293 Juta Dari Air Selangor, Turunkan Kadar Air Tak Berhasil

Air bersih, kualiti hidup terjamin. Semoga selepas ini, tiada lagi masalah air di Selangor yang menyusahkan rakyat

Featured Tue, 9 Aug 2022

“Baju Terakhir Arwah Sebelum ke Hospital Jadi Pengubat Rindu” – Shuib Batal Niat Ubah Suai Rumah Gara-Gara Mimpi Sedih

Sedar tak sedar dah genap setahun Allahyarhamah Siti Sarah kembali kepada Pencipta. Semoga Shuib dan keluarga terus kuat. Al-Fatihah 🥀

Featured Fri, 26 Jan 2024