Trending By: Attiqah Mohd January 13, 2021 @ 5:29pm

“Apa Yang Terbaik Untuk Kita Tak Semestinya Terbaik Untuk Orang Lain” – Alif Satar Kongsi Kata-Kata Positif

Selebriti, Alif Satar sememangnya cukup terkenal dan disenangi peminat kerana personalitinya yang bukan sahaja berimej “clean” malah sentiasa mempamerkan sikap yang positif. 

Terbaru, menerusi laman Instagram Alif telah berkongsi mengenai satu kata-kata positif untuk orang ramai dalam berdepan ujian pandemik. 

Menerusi hantaran tersebut, Alif menyeru agar orang ramai memahami situasi mereka yang berdepan dengan ujian pandemik, walaupun semuanya berdepan dengan ujian yang sama tetapi situasi setiap orang adalah berbeza – beza.

Malah, dalam hantaran tersebut juga menyeru orang ramai untuk memahami kerana  apa yang terbaik untuk kita tidak semestinya terbaik untuk orang lain. 

Walaupun berdepan dengan ujian pandemik yang sama, setiap orang menginginkan perkara berbeza. Ada yang gembira dengan “lockdown” kerana dapat bekerja meluangkan masa bersama keluarga di rumah, ada yang sebaliknya kerana kehilangan punca rezeki dan pendapatan.

Apapun yang kita inginkan, sentiasa lah memilih untuk menjadi baik. Apa yang pasti, kita harus sentiasa bersatu dan memilih untuk memahami  walaupun mempunyai pandangan berbeza. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 25 Jul 2018
Featured Tue, 6 Apr 2021

“Setelah Digantung Tanpa Bertali, Akhirnya Saya Bercerai” – Nadia Brian

Perkahwinan pelakon, Nadia Brian 31 tahun dan suaminya Muizz Nasruddin berakhir apabila pasangan itu sah bercerai talak satu pada Jumaat lalu. Nadia atau nama sebenarnya Nadia Najwa Mohamed Rashidi menerusi Instagram memberi kenyataan mengenai penceraian […]

Featured Tue, 21 Dec 2021

Finalis Lagu Cinta Kita 3 Bakal Bawa Kejutan Di Pentas Akhir

Pada Ahad yang lalu, kita sudah menyaksikan empat pasangan Lagu Cinta Kita 3 (LCK3) berjaya mara ke pentas akhir yang akan berlangsung 26 Disember ini. Empat pasangan yang akan beraksi di pentas akhir nanti ialah […]

Featured Fri, 27 Jan 2023