Featured By: Attiqah Mohd April 6, 2021 @ 5:12pm

“Setelah Digantung Tanpa Bertali, Akhirnya Saya Bercerai” – Nadia Brian

Perkahwinan pelakon, Nadia Brian 31 tahun dan suaminya Muizz Nasruddin berakhir apabila pasangan itu sah bercerai talak satu pada Jumaat lalu.

Nadia atau nama sebenarnya Nadia Najwa Mohamed Rashidi menerusi Instagram memberi kenyataan mengenai penceraian mereka.

“Assalamualaikum semua. Ya, betul saya sudah bercerai. Alhamdulillah saya sangat bersyukur setelah beberapa lama digantung tanpa tali akhirnya saya sudah bercerai.

“Terima kasih Allah, keluarga, rakan-rakan serta semua yang mendoakan semuanya berakhir dengan baik. Dan saya harap semua pihak jangan kaitkan saya dan keluarga saya dengan pihak sana.

“Sekarang masing-masing boleh teruskan kehidupan dengan lebih aman. Fokus saya sekarang ini adalah keluarga dan kerjaya. Terima kasih semua,” katanya.

Enggan mengulas lebih lanjut, Nadia memohon agar peminat tidak lagi mengaitkan dirinya dengan pihak bekas suaminya.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 9 November 2019 lalu di Magica Hall, Shah Alam.

Sumber : Nadia Brian Instagram

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 6 Jan 2021
Trending Fri, 3 Aug 2018

Air Terjun Setinggi 108 Meter Dalam Gedung Pencakar Langit

Liebian International Building yang terletak di Guiyang, China bahagian Barat Daya mempunyai air terjun buatan yang paling tinggi 108 meter

Trending Wed, 11 Apr 2018

6张让女生原形毕露的「女校VS合校」爆笑对比!

念女校和男女合校的差异在哪?很多人可能有这样的疑问,而其实透过这6张图…..马上就能看出到底差在哪!

Trending Wed, 18 Aug 2021
Featured Thu, 14 Feb 2019