Hiburan By: Fatin Nurain December 4, 2023 @ 11:01am

Famili Duo 3: Berjaya Kalahkan Penyanyi Profesional, Sharif & Syaiful Tak Sangka Jadi Juara… Anggap Kejayaan Berkat Kerap Bersedekah

Pasangan Duo adik-beradik, Sharif dan Syaiful menzahirkan rasa syukur selepas berjaya meraih gelaran juara di pusingan akhir pentas Famili Duo Musim Ketiga, malam tadi.

Kemenangan pasangan pelawak itu sekali gus mengalahkan dua lagi pasangan penyanyi profesional, Haqiem Rusli & Ariff Bahran serta Adira Suhaimi & Emma Suhaimi.

Menurut Sharif, dia tidak sangka gelaran juara itu berpihak kepada mereka adik-beradik kerana sedar akan latar belakang mereka hanyalah seorang pelawak.

“Alhamdulillah, sebenarnya kami tak jangka. Masa rehearsal kami tengok peserta lain all out sangat. Tapi saya cakap dengan Syaiful untuk have fun sahaja yang penting apa yang dipersembahkan malam ini penonton suka.

“Malam ini jadi sejarah untuk kami sebab sebelum ini mereka tengok kami di pentas lawak tapi kali ini di pentas ini orang terima kami,” katanya.

Meskipun berjaya mengalahkan penyanyi profesional, ahli kumpulan Zero itu menganggap kelebihan mereka hanya mampu memberikan hiburan kepada penonton.

“Bagi saya, tiada istilah kami mengalahkan mereka. Kami tahu mereka adalah penyanyi hebat tapi mungkin kelebihan kami, kami dapat tambat hati penonton.

“Tapi kalau nak kata kami nak menang dengan mereka, jauh sangat level kami dengan mereka. Kami hanya menggunakan kekuatan kami seperti yang dinasihatkan oleh Mummy (Mas Idayu) dan Ajai. Alhamdulillah, mereka terima,” jelasnya.

Berjaya membawa pulang wang tunai berjumlah RM100,000, Syarif dan Syaiful tetap berpegang dengan prinsip mereka untuk menyalurkan sumbangan kepada golongan tertentu.

Malah, pelawak itu menganggap kemenangan itu merupakan tuah dan berkat dari apa yang sering dikongsikan bersama orang lain.

“Macam yang kami janjikan macam kami kata haritu kami akan dermakan kepada Palestin. Setiap yang kami menang berapa minggu tu, memang ada bahagiannya itu.  Insya-Allah, nanti kami kongsikan di Instagram.

“Betul, sebab itu niat kami sendiri. Sekarang, dah terbukti kalau tengok kita sedekah Allah bagi kita macam tu. Alhamdulillah, benda tu jelas sangat bila kita memberi, kita diberi.

“Sebenarnya kami tidak mengharapkan ganjaran pun. Tidak, yang penting ikhlas tapi dah jelas sangat sekarang ini bila kita memberi, Allah bagi lebih lagi,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tahniah! Sharif, Syaiful Rangkul Gelaran Juara Famili Duo Musim Ketiga

 

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 31 May 2021

Cergas Beraya, Ceria Bersama

Kalau sihat, baru raya ONS!!!!!

Featured Wed, 4 Jan 2023

Gigih Bantu Cari Shot Cantik, Pasangan Ini Tak Perasan Remy Ishak Yang Tolong Ambil Gambar!

Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh isteri kepada pelakon Remy Ishak di TikTok yang menunjukkan Remy sedang membantu satu pasangan mengambil gambar di Tasik Cermin, Perak. Menerusi hantaran tersebut, Remy yang berpakaian […]

Trending Tue, 2 Jan 2018

Leka Dengan Telefon Bimbit, Hilang Kaki Kanan

Seorang wanita di China terpaksa menanggung derita apabila kehilangan kaki kanannya akibat tersepit dengan pintu lif yang rosak.   Rakaman CCTV lif tersebut menunjukkan seorang perempuan berambut pendek sedang leka melihat telefon bimbitnya dan tidak […]

Selebriti Fri, 15 Sep 2023

Ibu Adi Putra Meninggal Dunia

Salam Takziah buat Adi Putra sekeluarga.

Hiburan Thu, 18 Jul 2019

Aisyah Aziz Lebih Layak?

Korang rasa siapa lagi layak?

Featured Wed, 15 Mar 2023