Genap 5 Tahun Kahwin, Ucapan Anniversary Aisyah Hijannah Untuk Alif Teega Undang Sebak

Personaliti media sosial, Aisyah Hijannah menjadi tumpuan warganet setelah memuat naik hantaran momen sepanjang perkahwinan bersempena sambutan ulang tahun yang kelima.

Menerusi entri tersebut, ucapan yang ditulis oleh Aisyah di ruang kapsyen buat suaminya, Alif Teega membuatkan warganet sebak membaca kisah perjalanan hidup mereka.

“Alhamdulillah, genap lah lima tahun perkahwinan Aisyah dan Alif. Selesai sudah fasa satu. Inilah hadiah yang paling bermakna dalam hidup Aisyah, hadiah yang Aisyah selalu doakan semoga Allah kekalkan sampai ke syurga.

“Mohd Hazalif, thank you for choosing me to be your wife. Walaupun kita serba kekurangan dulu, tapi kita terima each other without looking at harta dan rupa. You’re the reason of who I am today.

“Terima kasih kerana banyak mengajar Aisyah untuk hargai kehidupan, hargai dan terima diri , bersyukur dengan apa  yang ada dan bergembira dengan benda yang kecil.

“Your presence is not only to complete my Iman, but to cherish my life,” tulisnya.

Menurut Aisyah, Alif adalah suami yang sangat baik dan selalu memenuhi kehendak isteri serta tidak pernah mengenal erti lelah dalam membahagiakan keluarganya.

“Seorang lelaki yang tak pernah say no. Dia akan cuba segala benda dan tak mengalah. Seorang lelaki yang tak tahu penat dalam membahagiakan keluarga.

“Seorang lelaki yang tak compare isteri dia dengan orang lain. Lelaki yang tak pernah kasar dan terima baik buruk isteri tanpa ungkit apa pun. Lima tahun ini terlalu cepat. Terlalu banyak untuk dibaiki. Alhamdulillah, terima kasih Allah untuk hadiah ini. Semoga Allah kekalkan sampai ke syurga,” tulisnya lagi.

Meninjau ke ruangan komen, wargamaya  mengucapkan selamat ulang tahun perkahwinan kepada pasangan itu dan mendoakan agar hubungan mereka berdua berkekalan hingga ke syurga.

“Alhamdulillah, semoga kekal hingga ke syurga.” tulis netizen.

Halimey Zamal