“Hari-Hari Tanpa Jemu Abah Tunggu Kat Office Nak Lunch Sekali” – Netizen Puji Tindakan Wanita Luangkan Masa ‘Lunch’ Bersama Ayah

Sebuah klip video memaparkan seorang ayah yang sanggup datang ke pejabat anaknya setiap hari untuk makan tengah hari bersama viral di laman TikTok.

Video tular itu dimuat naik oleh seorang pengguna bernama @triplea201911, berkongsi tentang kesanggupan ayahnya yang sudah berusia datang ke tempat kerja anaknya untuk makan tengah hari bersama.

@triplea201911

hari2 tanpa jemu abah tunggu kat office nak lunch skali❤️

♬ Beta Janji Beta Jaga (Janji Putih) [Short Ver] – Arvian Dwi

Video itu menunjukkan wanita itu keluar dari pejabat untuk makan tengah hari. Sambil merakam, dia terus menghalakan telefon bimbit ke arah ayahnya yang sedang duduk di tangga.

Malah, wanita itu seperti sudah mengetahui rutin harian ayahnya yang sentiasa menunggu anaknya di luar pejabat.

“Hari-hari tanpa jemu abah tunggu kat office nak lunch sekali,” tulis kapsyennya dalam video.

“Comel muka terkejut ayah” – Netizen

Melihat ke ruangan komen, rata-rata netizen terharu melihat reaksi bapa wanita ini yang sentiasa tersenyum sepanjang mereka meluangkan masa bersama walaupun setiap hari melakukan perkara yang sama.

“Lebihkan me time with parents rather than friends.”

Malah, terdapat juga netizen yang memuji tindakan wanita itu kerana meluangkan masa makan tengah hari bersama ayah berbanding rakan sekerja.

Perkongsian video itu telah mendapat lebih 1.1 juta tontonan dan 153,600 tanda suka sejak ia dimuat naik pada Selasa.

Marcella