Terima Gelaran Datuk, Penampilan Nicol David Curi Perhatian – “Mempesonakan Dengan Baju Kurung Dan…”

Hari yang cukup bermakna semestinya buat lagenda ratu Squash Negara, Datuk Nicol Ann David apabila dianugerahkan dengan gelaran Datuk oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Selasa.

Namun, apa yang menarik perhatian adalah penampilan Nicol yang begitu mempesonakan dengan busana baju kurung Pahang berwarna Ungu dan bersanggul berjaya memukau mata yang memandang.

Malah, ada yang menyifatkan penampilan Nicol sesuai dengan penganugerahan yang diterimanya.

Menerima komen dan ucapan tahniah dari rakan-rakan atlet dan peminat, semestinya gelaran yang diberikan bersesuaian dengan pengorbanan dan usaha yang ditunjukan oleh anak kelahiran Pulau Pinang ini dalam mengharumkan nama negara di peringkat dunia.

Terdahulu, Nicol, 38, adalah antara 12 penerima PJN pada sesi kedua istiadat Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2021 bersempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong berlangsung di Istana Negara, Kuala Lumpur.

Turut berangkat ke istiadat itu ialah Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

 

 

Salma Syahbuddin